01 August 2008

Aku Naik Saksi...

AkU NaiK SaKSI….

Saya mulakan dengan kalimah Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi
Maha Mengasihani.

Abu Bakar r.a pernah megorbankan segala hartanya untuk berjihad di
jalan Allah. Lalu ditanya pada beliau oleh Rasulullah s.a.w. “apa yang
kau tinggalkan?”. Abu Bakar pun menjawab “Hanya Allah dan
RasulNya”.
Diceritakan dari Tafsir Ibnu Kathir, Suhaib Ar-Rumi ketika dia hendak
meninggalkan Mekah, orang-orang Quraisy mahukan pendapatan yang
diperoleh Suhaib dipulangkan semula kepada Kafir Quraisy jika dia mahu meninggalkan bumi Mekah. Lantas sahaja Suhaib Ar-Rumi meninggalkan segala hartanya kepada mereka…

Rakan2, apa yang kita peroleh dari cerita di atas menggambarkan keutuhan dan akidah yang begitu solid yang ditunjukkan para sahabat. Sering sahaja bibir kita bersumpah ber bai’ah dengan Allah, “Aku naik saksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah”. Pernyataan ini suduh cukup untuk menjadikan manusia betul2 hidup bermanhajkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai satu wasilah mencapai tahap kaimanan dan ketaqwaan yang teguh pada Allah Yang Maha Esa.

“Aku naik saksi Tiada Tuhan Melainkan Allah”..jika kita renung dan fikir satu persatu ayat ini. Masih bolehkah kita lari dari penglihatan Allah untuk berbuat dosa? Pasti wujud persoalan2, siapa yang menjadikan alam ini? Yang menentukan tabir siang dan malam? Arah mana manusia selepas ini? Apa akan jadi selepas ini? Menjatuhkan hukuman dihari yang ditunggu2? ….semua ini jika hati kita hidup dan bernafas sentiasa dan akal yang menjawab pertanyaan2 ini, sudah pasti manusia sedar Allah melihatnya, pasti sentiasa tercelik bahawa ALLAH ADALAH SEGALA2NYA. Semua persoalan tadi kita pasti pulangkan pada Allah.

“Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah”. Nabi Muhammad diutus pada umat manusia akhir zaman membawa risalah Allah iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Manusia tidak akan mencapai cara hidup yang baik jika tida ikut jejak langkah Nabi Muhammad dalam menjalani kehidupan, tidak kira cara Nabi berdakwah, bagaimana Nabi melayani isteri2nya, bagaimana Nabi makan-minum, semuanya Nabi tunjukkan dibawah ‘kolej’ kenabian Muhammad, sehinggakan cara hidup Nabi Muhammadlah yang paling di akui yang terbaik. Mengapa kita mesti hidup mengikut budaya yang tak semena2?. H.C Armstrong di dalam bukunya Lord of Arabia berkata “Bumi arab tidak dikenali sebelum ini kerana ia adalah kawasan yang dipenuhi keganasan dan kekejaman. Tiba2 lahirlah seorang manusia agung, membawa agama ulung yang bernama Islam. Muhammad menyemai satu konsep keimanan yang hebat kepada mereka. Akhirnya selepas sepuluh tahun berlalu, bumi arab dapat dikuasai”.

Pernyataan misi yang terkandung dalam pengucapan 2 kalimah syahadah menjadikan para sahabat golongan yang berprinsip. Di dalam kitab al-Bidayah dilaporkan, semasa umat islam berhijrah ke Habsyah, mereka terpaksa menghadap Najasyi. Dalam majlis yang dihadiri para pendeta kristian itu, mereka diperintahkan supaya sujud sembah kepada Najasyi. Dengan lantang Jaafar bin Abi Talib berkata “kami tidak akan sujud melainkan Allah”..




2 comments:

Nazz Abdul Aziz said...

"aku naik saksi" bererti saksi apa yang naik?

ibNu NaiM said...

nak tanya jugak, saksi tu dalam kamus dewan edisi keempat adalah bermaksud:
melihat, nampak sesuatu, tapi dalam Kalimah Syahadah, adakah kita menyaksikan Allah?adakah kita menyaksikan Nabi Muhammad? Siapa aku? apa yang naik? Siapa saksi?menyaksikan apa?