Cinta pada Allah.
Ia tidak memadai untuk melepaskan diri dari azab Allah dan untuk mendapatkan ganjaraNya. Orang Musyrikin, Kristian, Yahudi dan selain dari mereka juga turut mencintai Allah.
Menyintai apa yang dicintai oleh Allah.
Perkara ini membawa seseorang kepada Islam dan mengeluarkannya kepada kekufuran. orang yang paling dikasihi oleh Allah ialah mereka yang paling kuat mencintai apa yang dicintai oleh Allah.
Cinta yang yang diasaskan kerana Allah dan pada jalanNya.
Ini adalah antara kemestian dalam mahabbah. kecintaan tidak akan selari dengan kehendak agama melainkann jika dijalinkan keranaNya dan pada jalanNya.
Kecintaan pada yang lain disamping mencintai Allah.
Ini yang dinamakan syirik dalam kecintaan mahabbah. sesiapa yang menyintai sesuatu menandingi cinta kepada Allah, maka cinta itu bukanlah diasaskan kerana Allah dan tidak dijalinkan mengikut jalanNya. ketika ini mereka telah mengambil sekutu selain dari Allah.
Bahagian kelima tak terlibat dengan pengertian syirik iaitu naluri semulajadi.
kecenderongan manusia kepada tabiat yang bersesuaian dengannya. contohnya; keinginan seseorang yang dahaga kepada air, seorang yang lapar berhajat kepada makanan, dan kecintaan kepada ister dan anak. semua ini tidak tercela melainkan jika melalaikan dari mengingati Allah dan menghalang dari merealisasikan kecintaan pada Allah.
oleh itu, rakan2 sekalian, mari kita fikir dan renung sejenak apa yang dimaksudkan Imam Ibnu Qoiyim dengan kecintaan dan keinginan? adakah datang dari realiti cinta pada Allah? atau nafsu semata? lagi2 bukan bercinta bukan atas tiket pernikahan?
No comments:
Post a Comment