MaKan BerSaMa Nabi Muhammad…
Nabi Muhammad dan Aisyah selalunya makan bersama di meja. Kadang2 makan pun berkongsi pinggan. Aisya berkata “Pada suatu hari, Nabi Muhammad dan saya sedang makan bersama. Tiba2 Umar melintas. Nabi Muhammad memanggilnya masuk untuk makan bersama kami. Kadang2 tanganku menyentuh jari beliau.” Hadis ini dicatat oleh Bukhari, Nasa’I dan Tabrani.
Aisyah berkata, “saya pernah makan bersama Rasulullah semasa dalam haid. Saya menggigit seketul daging, lalu saya berikan kepadanya. Rasulullah menggigit daging itu ditempat daging gigitanku tadi. Pernah juga saya minum daripada sebuah gelas. Gelas itu saya berikan padanya. Beliau terus minum daripada bekas tempat mulutku tadi”. Hadis ini dicatat oleh Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dan Ibnu Majah.
Indah konsep percintaan yang ditonjolkan Nabi kita. Konsep percintaan yang tulus ikhlas biarpun ditonjolkan selepas alam perkahwinan. Tapi kini, orang2 sekeliling sering menunjukkan riak2 wajah kelakuan romantis dangan bangga mereka mereka menunjukkan di khalayak ramai, padahal mereka sama sekali belum halal untuk bersentuhan. Kelakuan dan tingkah suap menyuap sampai sudu bengkok, berpelukan tanpa rasa malu, ketawa girang xingat dunia, semua itu xmenunjukkan nilai2 pasangan yang kekal bahagia, jika semua diserahkan sebelum kahwin, pasti sudah kahwin tiada lagi yang istimewa,,,
No comments:
Post a Comment