Islam adalah adalah agama yang mengutamakan akhirat tanpa melupakan atau mengabaikan akhirat. Percaya kepada akhirat adalah salah satu rukun islam kerana itu pancaran akidah adalah rukun islam dan rukun iman.bukan sahaja percaya, agama juga meruntun manusia perlu mencapai kejayaan di akhirat. Kejayaan diperoleh bukan sahaja melalui ujian tetapi bekalan yang kita bawa. sebab itu Rasulullah s.a.w. bersabda "Jadilah kamu di dunia seperti seorang pengembara atau seorang yang sedang melalui satu jalan"(Hadis Riwayat Bukhari)
"Tiap2 yang berjiwa merasai mati. dan sesungguhnya pada hari Kiamat deisempurnakan pahalamu. sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan kedadalam syurga maka dia beruntung. kehidupan dunia ini tidak lain melainkan kesenangan yang memperdayakan(ghurur)"(Surah Ali Imran:105)
Said Hawa di dalam al-Asas fit-Tafsir ketika menafsirkan ayat "kehidupan ini tidak lain melainkan kesenangan yang memperdayakan(ghurur) berkata, "Dunia ini bersifat hina dan sementara dan ia dapat diumpamakan seperti suatu hiasan yang palsu tetapi disadur dengan sesuatu yang menarik sehingga menampakkan seolah2 ia adalah asli. Dalam kehidupan ini, syaitan berjaya memeperdayakan manusia dengan (mencantikkan) kepalsuan dunia ini." sahabat-sahabiah sekalian, konteks yang saya cuba paparkan ini bukanlah untuk kita tinggalkan dunia terus dalam kehidupan kita. kerana Imam Al-Ghazali pernah menyatakan "Dunia adalah ladang Akhirat", di dunia inilah kita nak semai seberapa banyak benih, dan hasil tuaian kita akan pungut di akhirat nanti. dan apabila kita bertemu dalam satu masalah yang mana di dahulukan dunia atau akhirat? mestilah akhiratkan sebab itu, kita terus junjung akhirat, dan yang di bimbit kita letak sekejap......
Denis Waitley di dalam Empiresof the Mind berkata "Saya berpendapat, salah satu punca utama yang menyebabkan masyarakat Amerika bermasalah pada hari ini adalah, rakyatnya begitu asyik dan ghairah dengan keseronokan jangka pendek dan melupakan kepentingan jangka panjang. Mereka inginkan kesenanagan tetapi tidak berminat memenuhi prasyaratnya". dalam Islam bukan mengekang umatnya peroleh kesenangan tetapi ada batas2nya dan menjadikan manusia hidup dalam keadaan berdisplin dan ingat setiap perilaku baik dan buruk akan dibalas diakhirat kelak....akhir kalam saya sudahi dengan saranan Allah s.w.t. yang berbunyi:
"Dan carilah apa yang dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat dan janganlah kamu lupakan bahagian kamu daripada (kenikmatan) di dunia ini."(Al-Qasas:77)
No comments:
Post a Comment