02 October 2013

TYPHOID MARY_SALMONELLA




Sedikit maklumat tentang demam typhoid. Demam ini disebabkan Salmonella typhi, bakteria basillus yang selalunya kedapatan di najis dan air kencing. Wabak ini merebak melalui makanan dan air yang tidak bersih. Demam typhoid ini telah mengakibtakan banyak nyawa
hilang sebelum kes Mary Mallon lagi.

Antara simptom penyakit ini ialah demam, ketidak selesaan perut, dan cirit birit.

Mary Mallon bekerja di bahagian domestik dan merasa berbakat dalam masakan. Dan semasa Mary menjadi tukang masak di beberapa rumah,
bermula kes typhoid. Sepanjang berada di rumah itu, semua penghuninya dijangkiti demam typhoid, bermula 1904. Selepas itu, dia bertukar
tempat bekerja, di tiga buah rumah lain. Dan, kesemua penghuni rumah itu mendapat demam typhoid. Bagaimana pula dengan Mary?
Anehnya, dia sihat walafiat.

1906, satu kes wabak meletus di New York dan inspektor kesihatan Dr Soper mengesyaki sesuatu.Demam typhoid akan merebak di tempat yang kotor, kawasan orang miskin berbanding tempat tinggal orang berada dan kaya. Dr Soper menjejaki satu petanda, tentang tukang masak Irish berusia 40-an
yang sering bertukar tempat kerja. Dan Dr. Soper menemui dan menyoal Mary di Park Avenue, setelah penghuni rumah itu dijangkiti demam typhoid
dengan anak perempuan tuan rumah itu maut.

Setelah diminta Dr. Soper untuk memberikan sampel najis dan air kencing, Mary mengesyaki sesuatu. Dia pergi ke dapur dan memegang garfu besar
untuk dijadikan senjata. Mary kemudian lari daripada Dr Soper. Untuk kali pertama. Kemudian setelah ditangkap oleh suruhan jaya kesihatan
dan Polis New York, barulah sampel dari Mary diperoleh. Memang ditemui bakteria Salmonella typhi dan anehnya, Mary masih sihat walaupun dengan banyaknya
bakteria tersebut dalam badannya, terutamanya di bahagian pundi kencing.

seperti penjenayah, mary terus dihukum oleh pihak berkuasa dan diisytiharkan musuh kesihatan awam nombor satu di New York. Mary, atas rasa tindakan terhadapnya sangat tidak adil. Kenapa dia dilayan macam penjenayah sedangkan dia tidak pernah langgar undang-undang. Dia tidak pernah buat salah.Buat kali pertama ini, ada simpati pada mary dengan epidemik itu terjadi tanpa dia berniat untuk menyebarkannya.

Pihak berkuasa kemudian melepaskan Mary dari penjara pada tahun 1910 dengan syarat tidak akan bekerja semula sebagai tukang masak lagi.

1915, sekali lagi epidemik typhoid melanda. Dan kali ini seorang tukang masak bernama Miss Brown disyaki menyebarkan penyakit typhoid. Sebenarnya,
Mary Mallon telah menukar namanya kepada Miss Brown setelah menjadi tukang masak semula. Beberapa kematian berlaku. Dan kali kedua ini, Mary Brown atau Mary Mallon tidak boleh terlepas lagi. Pihak berkuasa terus meletakkan kuarantin seumur hidup pada Mary di North Brother Island.Sepanjang kuarantin, namanya seperti selebriti dan diwawancara oleh wartawan, namun tidak boleh menerima segelas air pun daripada beliau.Tahun 1938, Mary meninggal dunia akibat pneumonia. Pada kematiannya, pundi hempedu Mary masih lagi membiakkan bakteria
Salmonella typhi.

Tidak diketahui berapa banyak orang yang dijangkiti, dianggarkan 50 orang dengan 5 kematian. Mary meninggalkan legasi sebagai pembawa penyakit pertama yang tidak
terjejas oleh penyakit bawaannya, dan nama Typhoid Mary diberi pada orang yang membawa penyakit merbahaya tetapi tiada simptom penyakit tersebut.


 

No comments: