Kisah Natrah bukanlah sekadar kisah berkenaan seorang gadis yang mahu dibawa pulang ke Belanda tempat asalnya, tetapi kisah yang menyentuh akidah seorang gadis yang sudah sebati dengan Melayu dan Islam. Kes Natrah itu akhirnya mencetus satu kejadian berdarah, dipanggil RUSUHAN NATRAH pada 1950 di Singapura.
Sudah, kita menaiki mesin masa dan kembali ke zaman kini.
Kali ini, pada 10 September nanti adalah perbicaraan Mahkamah berkenaan kalimah suci ALLAH.
Media tersilap meletak perkataan "kalimah Allah". Sepatutnya kalimah suci Allah.
Kenapa kita kena bertegas dalam hal ini? Sebab ini adalah isu akidah, bukanlah masalah fekah yang disangka segelintir orang termasuk bekas mufti. Ingat, orang Kristian yang mahu rebut kalimah suci daripada kita.
Perlu diingatkan, bahawa kalimah suci Allah bukanlah berasal daripada Bahasa Melayu. Kita tidak rela membiarkan Allah disyirikkan, apatah lagi oleh orang yang menyembah tiga dalam satu. Kalimah suci Allah adalah bahasa yang dikongsi oleh semua orang ISLAM di seluruh dunia. Bukan sekadar bangsa Melayu sahaja.
Perkara yang menyakitkan hati ialah orang yang menangguk di air keruh...Selalunya orang politik, macam YB Khalid Samad. Parah bila merujuk pada orang politik dalam hal ugama. Bagaimana dengan orang PAS? Harap mereka sedar beberapa perkara yang sentiasa dan akan mengatasa kepentingan parti:
1) Akidah
2) Umat Islam.
Akhir kata, ini adalah sedikit persembahan video oleh Arus Baru menjelang 10 September ini. Ayuh, sokong peguam kita!
No comments:
Post a Comment