08 January 2013

RAKYAT AKAN MENGADILINYA

Dipetik dari laman asal Suara dari Gunung :

Apabila ISMA mengeluarkan kenyataan resmi tentang pendirian ISMA terhadap Amanat Hj Hadi, ramai yang mengatakan
i. ISMA menjadi mainan UMNO
ii. ISMA “serang” PAS
iii. ISMA ingin popular
iv. ISMA memecahkan gerakan Islam dll

Saya menerima kritikan seperti ini sebagai kritikan biasa orang politik. Mereka tidak akan senang jika kritikan itu menjejaskan undi mereka lebih-lebih lagi kritikan itu daripada gerakan islam seperti ISMA. Mereka hanya marah disebabkan ianya mungkin memberikan keuntungan kepada UMNO. Tetapi tidak ada yang menafikan kebenaran kritikan itu yang telah menyebabkan perpecahan yang besar dikalangan umat islam sehingga ke hari ini. Tanyalah saja orang PAS nescaya mereka akan memandang jijik dan hina orang UMNO sehingga tidak mungkin akan bersama. Malah UMNO lebih hina dari DAP. Atas dasar itu orang UMNO juga memandang amat negatif kepada PAS sehingga tidak mungkin mereka boleh menerima pimpinan PAS dans sanggup melakukan apa saja asalkan PAS tidak berjaya.


Orang PAS; bertanya, kenapa sekarang isu ini dibangkit selepas 31 tahun? Orang UMNO pulak bertanya; kenapa isu Mat Indera dibangkit oleh PAS selepas 52 tahun? Persoalan2 ini tidak akan ada penghujungmya kerana kedua-dua ini adalah parti politik dan ada agenda politik. Menang dulu, hal lain kita bicara kemudian. Begitulah agaknya sikap mereka.

Kembali kepada isu Amanat ini, ISMA melihat ianya telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada ramai umat islam terutama  di Kelantan dan Trengganu. Rasa benci membenci masih kuat tertanam dalam perasaan mereka dan ini menyukarkan perpaduan. Atas dasar ini ISMA mengambil keputusan untuk menyatakan pendiriannya supaya penjelasan dibuat segera oleh TG Hj Hadi tanpa menunggu ruang TV yang musthail UMNO akan beri. ISMA menyatakan ini demi kesungguhannya ingin melihat PERPADUAN dikalangan umat islam walaupun terpaksa mengharungi kritikan dari pihak lawan dan kawan serta sahabat handai. ISMA merasa bertanggungjawab menyatakan kebenaran walaupun dipandang serong oleh sebahgian umat islam. ISMA juga berharap TG Hj Hadi membuat segera penjelasan ini supaya ianya tidak berulang kembali dimasa hadapan. TG Hj Hadi perlu lakukan ini bukan kerana takut kepadavterjejasnya  undi tetapi lebih kepada rasa tanggungjawab kepada kebenaran dan umat islam keseluruhannya.

Pada pandangan ISMA apapun alasannya, tidak ada yang lebih utama ketika ini melainkan perpaduan umat islam yang akan menjmain kesejahteraan islam dinegara ini. PAS tidak harus memandang remeh perkara ini dengan merelakan dirinya dipermainkan bangsa lain kerana dibawah sana umat Melayu islam sebenarnya sedang menunggu-nunggu perpaduan ini. Dari kajian yang dibuat oleh teman-teman NGO 80% umat Melayu islam di Selangor menyokong dan menunggu perpaduan ini. Ya, mereka memang benci kepada UMNO tetapi mereka tidak pula melihat PAS lebih mulia dengan bergabung bersama DAP. Jika undi Melayu diharapkan oleh PAS maka saya menasihatkan PAS harus tidak merasa selesa dengan trend pemikiran orang Melayu sebegini.

Tidak ada manusia yang bebas dari membuat kesilapan dan mungkin juga ketika amanat ini disampaikan 31 tahun dahulu ianya dibuat tanpa mengkaji tentang perlembagaan negara dan perundangannya sehingga melabelkannya sebagai kafir. Mungkin TG Hj Hadi akan dipandang lebih mulia dan dihormati jika beliau mengakui kesilapan itu. Atau mungkin juga ada tafsiran lain dari apa yang tercatat dalam amanat tersebut yang hanya beliau seorang saja yang tahu. Seperti yang dinyatakan oelh salah seorang mangsa perpecahan didalam sebuah rancangan TV baru-baru ini bahawa beliau akan tuntut perkara ini diakhirat nanti.

Maka saya mencadangkan TG Hj Hadi tidak perlu menunggu hari kebngkitan itu dan segera tampil kehadapan sebagai seorang pahlawan menyatakan kebenaran.
Rakyat akan mengadilinya.

No comments: