05 April 2012

Ustaz Don di Masjid Negeri (Pahang)?

Betul, tajuk itu tiadalah palsu fatamorgana. Di sini saya kisahkan sedikit pengalaman saya (lagi) dan beberapa nota yang saya sudah catat setelah habis ceramahnya. Apa pun, sebenarnya saya sudah rugi separuh untuk majlis ilmu bersama Ustaz Don ini. Rugi separuh macam mana itu?
sekadar gambar hiasan...

Slot dengan pengacara 30 Minit Ustaz Don ini ada dua, kuliah Subuh dan kuliah selepas Solat Sunat Dhuha. Saya terlepas bab kuliah Subuh itu. Gara-gara salah baca maklumat, pukul 7.30 pagi. Teruja punya pasal, saya sampai mengabai hakikat pukul 7.30 pagi bukan lagi kuliah Subuh. Pecut punya pecut dengan Honda EX5 lama, dengan keputusan saya akhirnya tercengang di pintu Masjid Sultan Ahmad Shah 1. Namun rezeki masih ada....



Selepas waktu dijanjikan pada jam 9.30 pagi, yakni usai solat sunat Dhuha berjemaah pusingan kedua majlis ilmu bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid bermula. Dan seterusnya rakan pembaca lihatlah catatan saya yang di bawah ini, dah tentulah ringkas. Straight to the point.

  1. Dewasa ini, kita dengar banyak suara menyeru kepada kembali kepada sunnah baginda Rasulullah s.a.w.
  2. Dewasa ini, kedengaran hingar-bingar suara melaungkan bidaah itu, bidaah ini. Sesat di sana, terpesong di sini.
  3. Maka harus dan wajib difahami, Islam itu letaknya pada 3 isi ini: AKIDAH, IBADAH, dan AKHLAK. Dalam hal ini kita tertinggal bahagian AKHLAK itu tadi. Kita terlupa bahawa AKHLAK juga menjadi tuntutan Sunnah baginda.
  4. Fahamilah, tiada faedahnya bising berbidaah-bidaah ini jika akhlak kita tidak terjaga. Bagi mereka yang membaca surah Yasin pada malam Jumaat, teruskan moga-moga mereka mendapat pahala hasil membaca ayat-ayat Allah. Pada masa yang sama, hadamlah surah-surah yang lain juga.
  5. Ketahuilah, ada berapa banyak lagi sunnah baginda yang kita belum atau boleh amalkan. Bermula dari perkara semudah memakai kasut hinggalah perkara yang lebih besar. Dan janganlah asyik menimbulkan sengketa dan ragu kepada masyarakat sekarang.
 * Selepas beberapa lama (selama 15 minit agaknya) selesailah pusingan kedua dan terakhir daripada Ustaz Don. Saya hanya mencatatkan isi-isi yang saya sempat tangkap dan tulis mengikut pemahaman saya. Cukuplah tulis ringkas kemas, takut makin panjang teks makin tersasar makna. Sebut pasal protokol, kerana Menteri Besar Pahang tidak dapat menghadirkan diri, maka kuranglah karenah birokrasi dan protokol yang menyusahkan. Kerana seterusnya saya dan hadirin lain beralih ke proses yang paling menyeronokkan, protokol makan-makan! Lazatnya, syukur Alhamdulillah.

No comments: