28 January 2009

Adakah Tuhan itu wujud???









Tika malam hampir terlena, kedengaran bunyi katak(bunyi handset) tanda satu sms masuk.

Dikirim oleh seorang rakan bertanyakan “ada orang tanya, betulkah Tuhan itu wujud? Dan macam mana nak jawab?”.

Dengan keadaan saya yang mengantuk dan agak seolah2 berada di khayalan, sy hanya balas “insyaAllah esok saya jawab”. Maklumlah takut merapu dan persoalan ini bukan main2 dan bukan senang nak yakinkan orang.

Saya jawab soalan sahabat tadi, pada keesokan harinya pada tazkirah khamis malam jumaat di surau Nur E-Man, kebetulan ada ruang disitu untuk berkongsi ilmu, saya juga bukan hebat dan bukan seorang Ustadz.

Nak jawab persoalan ini juga membuatkan saya rujuk Maktabah al-Hikmah iaitu mini library saya menempatkan buku2 agama(skit jer). antara buku yang dirujuk Minda Muslim Super(Dr.Danial Zainal Abidin).




Sebenarnya fakta dan isi2nya pernah saya bentangkan dalam pembuatan kertas kerja penubuhan Kelab Rukun Negara di Hotel Universiti Inn, Universiti Utara Malaysia pada ogos 2008 lepas.

Kebanyakan agama juga berpagang pada Konsep adanya Tuhan. Contohnya, agama Judaisme, Kristian dan Hindu. Ini dibuktikan melalui kitab masing2. dan bagi kita orang Islam wajib menghormati agama masing2… bagi orang Islam wajib menyembah Tuhan yang Esa iaitu Allah Azza wa Jalla.

Firman Allah, maksudnya “ Allah sesekali tidak mempunyai anak dan sesekali tidak ada Tuhan yang bersamanya” (Al-Mukminun:90).

Sebenarnya jika kita lihat bumi yang pelbagai hidupan hidup melata, manusia ada yang dilahirkan dan di matikan, matahari yang bersinar tanpa bateri dan sentiasa muncul setiap pagi, jika juzuk yang besar ini masih tidak mampu maka kita terus pergi ke juzuk yang lebih kecil.

Contohnya, dalam diri manusia, ada otak untuk berfikir, jantung tempat mengepam darah, organ perut tempat kantung makanan, gula ditukar kepada glukos dan ditukar pada glukagon jika tidak digunakan, tangan kanan dan dikiri bleh bergerak berbeda dan bergerak mengikut apa yang difikir, siapa yang mencipta manusia yang begitu kompleks dan sangat hebat…tiada manusia mampu mencipta manusia hatta seekor lalat pun…subhanallah…

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya “Fikirlah penciptaan Allah yang Allah lakukan tetapi janganlah mengenai zat Allah).
(Hadis Riwayat Abu Naim)

Imam Malik pernah ditanya oleh Khalifah Harun Ar-Rasyid mengenai bukti kewujudan Allah dan beliau menjawab, “Buktinya, setiap manusia dikurniakan mulut dan lidah yang lebih kurang sama, tetapi bahasa, suara dan intonasi setiap seorang mereka berbeza”.

Imam Abu Hanifah pernah ditanya sekumpulan manusia mengenai bukti kewujudan Tuhan yang Maha Pencipta. Beliau menjawab, “Aku sedang berfikir mengenai sebuah kapal di laut yang sarat dengan muatan dan barang dagangan tetapi yang peliknya tiada nakhoda dan anak2 kapal. Ia belayar kesana dan ke mari dan menyelesaikan masalah dengan sendiri.”

Mereka yang dengar berkata “ini satu kisah yang gila dan tak masuk akal”.

Imam Abu Hanifah menjawab, “Kamu menganggap orang yang mengatakan kapal dapat belayar dengan sendirinya adalah seorang yang gila. Bagaimana pula dengan golongan yang mengatakan alam ini YANG BEGITU HALUS DAN TERSUSUN KEJADIANNYA, TERJADI DENGAN SENDIRINYA TANPA PENCIPTA DAN PENGURUS?”. Golongan yang menemui Imam Abu Hanifah itu tergamam dan akhirnya memeluk Islam…..




“Dan dialah yang menciptakan bagimu pendegaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah yang bersyukur yang bersyukur. Dan dialah yang menciptakan serta meramaikan kamu di bumi ini dan kepadanya kamu akan dihimpunkan. Dan dialah yang menghidupkan dan mematikan dan dialah yang (mengatur) pertukaran malam dan siang. Apakah kamu tidak berikir tentangnya?”(Al-Mukminun:78-80)

2 comments:

KUNANG2&fara_dush2.blogspot.com said...
This comment has been removed by the author.
Ukhti Masnah said...

salam,
actually saya juga pernah alami masalah yang sama. orang yang ajak saya berdialog tu freethinker..
macam2 dia cuba nak sangkal..cukup sahaja kita tunjukkan "miracle" dalam penciptaan makhluk itu sendiri..cuma kalau dah buta hati..
harus sabar juga, yer tak?