Pada mereka yang tidak faham cebisan tweet Imam Muda Asyraf, kita buat tertib ayat dahulu.
MS_muhdsyahmi: Imam Muda Asyraf, nak tanya. Adakah 2012 ini berlakunya kiamat? Apa pandangan Asyraf? Terima kasih.
Imam Muda Asyraf: Hanya Allah yang tahu.
* Hebatnya personaliti ini, boleh jawab dua soalan dengan satu kali jawapan. Nampaknya saya kena belajar skil menjawab daripada Imam Muda. Suka sekali saya menjelaskan, meramal tarikh kiamat membawa akibat yang sangat buruk. Kerisauan dan kebimbangan adalah hasil dari mempercayai ramalan tarikh kiamat berlaku.
Paling teruk tentulah kejadian bunuh diri beramai-ramai untuk hadapi hari kiamat. Macam dalam kes Ku Klux Clan ( susah sebut susah pula mahu eja) dan beberapa occult lain. Sebelum ini sudah beberapa tarikh diramalkan tempoh luput dunia, namun semua ramalan tersebut meleset sama sekali. Dan terbaru nombor 2012 pula menerpa, hasil daripada filem arahan Roland Emmerich itu. Kononnya kalendar Maya memberikan petanda kiamat pada hujung tahun 2012.
Nampaknya orang pagan Amerika telah menyimpangkan fungsi kalendar Maya. Kalendar Maya seperti kalendar yang lain hanyalah untuk mengukur waktu panjang. Selepas tamat satu pusingan, ia akan berpatah balik bagi pusingan terbaru. Macam Disember habis, kita mula di Januari yang baru. Begitulah. Cuma kalendar Maya ini pusingannya panjang, dan pusingannya habis pada tahun 2012. Disangka orang Amerika tarikh kiamat. Dalam cerdik, ada juga bengongnya American ini. Jadi, Muhd Syahmi dan rakan di luar sana, tarikh 2012 tetap satu nombor macam nombor yang lain.
Okey, kita mahu ringkas-ringkas. Maka cukuplah setakat ini. Dalam Islam, Nabi berpesan agar kekal optimis biar pun kiamat sudah dekat. Maka nak tak nak, kita kena berani hidup selain berani mati. Untuk rujukan yang lebih terperinci, cari dan bacalah buku Armageddon 2012 tulisan Muhammad Alexander yang diterbitkan PTS. Saya dapat hujah tadi dari buku itu juga. Rupa bukunya ada di bawah ini.
No comments:
Post a Comment