22 March 2012

ULASAN BUKU: DENYUT KASIH MEDIK

Saya tahu dan saya pasti, ulasan untuk tajuk novel ini sudah ada, sudah lama terpapar sebelum saya tulis benda alah ini. Anda baca pun, tidak akan terkena tulah (bahaya), dan satu penghargaan pula jika pengunjung sudi membacanya.

Saya mula dengan kisah takdir saya dengan novel ini. Di galaksi nun jauh di sana (cliche..) sejauh Ipoh dengan Kuantan saya bermalam di rumah kawan baik. Betullah dalam fikiran para pembaca...saya jumpa buku itu di rumah tersebut, dengan janji-janji manis akan menjaganya baik-baik. Alhamdulillah, janji manis itu belum lagi jadi janji kosong kerana buku pinjaman ini kekal tersimpan dalam almari buku rumah saya.



Jika anda setia menelaah majalah Solusi, pastinya tahu pengarangnya menulis berdasarkan ilmu dan pengalaman. Beliau adalah... Dr. Farhan Hadi.

Komen saya yang bukan 100 peratus muktabar, ialah kandungannya bagus dan padat dengan info kesihatan dan fiqh perubatan. Bahkan setiap info disertakan bersama fatwa dan dalil, lantas pengamal perubatan (doktor dan pegawai perubatan) boleh menjadikan profesion mereka sebagai wadah dakwah. Jika cakap saya tiada orang percaya, pastinya cakap orang profesional lebih orang yakini.

Tuntasnya, novel ini adalah permulaan baik kepada pendedahan kerjaya doktor terutamanya pada tempoh HO (Housemanship). Dan ianya tidak melampau-lampau meleret dengan rasa cinta muda-mudi. Temanya adalah isu yang berpijak pada bumi yang kukuh dan nyata. Namun saya harapkan lebih fokus pada karakter lain seperti Dr. Nazir, Dr. Neezam, dan beberapa pesakit. Mungkin jalan cerita ini berdasarkan persperktif Dr Muslih, watak utama yang saya rasa adalah refleksi diri pengarang itu sendiri.

Dan adalah lebih bagus (jika ada sekuel atau novel seumpamanya) penulis ceritera ini dapat menbuat penelitian pada rasa, bau, dan tidak terhad pada deskripsi visual dan perasaan sahaja. Seperti bunyi bising mesin bantuan nyawa, bau anestatik, bau darah, rupa paras beberapa watak dan sedikit perincian lain.

Agak-agak, ada produksi ke yang nak bikin adaptasi novel ini ke drama TV? Mungkin saya rasa ianya tersiar di TV Alhijrah. Atau jadi komik...Komik perubatan buatan Malaysia belum ada lagi.

Sebab saya buat ulasan ini adalah untuk tidak mudah melupakan tajuknya yang begitu informatif sekali, dan juga untuk mengingatkan saya bahawa novel ini hakikinya novel pinjam. Hehe...
Untuk ulasan lain novel ini, sila klik sini

No comments: