10 Mac 2012
1. Setelah memastikan semuanya siap sedia,saya menunggu sahaja abang ipar saya turun untuk menghantar saya ke sana. Sana mana? Sana Batu Pahat.
2. Pukul 2 petang saya menaiki bas Transnasional. Duduk bersebelaan saya ialah seorang lelaki umur pertengahan, hampir sebaya dengan ayah zizularts. Orangnya ramah, petanda banyak hikmah dek panjangnya pengalaman hidup beliau. Saya sudah lupa namanya.
3. Sepanjang bicara dalam bas, pak cik di sebelah saya asyik benar berbicara tentang sarang burung walit dan pelaburan emas. Sepanjang perjalanan sudah berapa banyak ditunjuknya pokok itu, pokok ini, rumah sekian dan rumah sekian-sekian ada sarang burung walit.
4. Borak kami terencat sedikit dengan kelemahan saya. Kelemahan apabila sudah naik kenderaan darat terutamanya bas. Saya rasa mual, perut rasa sebu, tidak sedap badan sahaja. Saya memang mengharapkan pemandu bas cepat sampai di Segamat nanti.
5. Alhamdulillah, hampir pukul 6 petang,Segamat kelihatan sudah. Saya pun cepat-cepat membeli makanan di perhentian bas,mahu isi perut agar rasa mahu muntah itu hilang, agar sirna rasa sebu dalam perut.
6. Selepas menaiki bas, tiba-tiba pemnadu bas buat pengumuman yang kurang cerdik.
"Sesiapa yang bawa makanan dalam bas, sila keluar terus dari bas ini." Perjalanan lebih daripada empat jam dengan tiada makanan untuk mengisi perut. Ingat kami ini jinkah, makan asap semata?
7. Namun dengan akal rasional yang saya ada (wah, berlagaknya) dan akal hikmah yang dimiliki pak cik sebelah saya, kami menyimpulkan pemandu bas itu membawa mesej yang salah. Jika dia membawa mesej betul," Jangan tinggalkan sisa makanan dalam bas" saya rasa itu boleh diterima. Tak boleh makan? Bukankag makan untuk hidup?
8. Hampir pukul 9 malam. Saya sampai di Batu Pahat, dan mengucapkan selamat jalan kepada pak cik yang baik hati itu, tapi jangan haraplah dia dapat rekrut saya dalam Public Gold, syarikat pelaburan emas (Saya ada cakap tentang buah bicara kami tadi, bukan?)
9. Sementara menunggu putra-alkahfi datang menjemput, saya makan lagi untuk kemandirian hidup. Begitulah hakikat hidup, saya makan dan saya menunggu. Akhirnya sampai juga putra-alkafi bersama ayahandanya. Selepas ini saya wajib berkelakuan suci, agar Melayu itu kenalnya pada luhur budi.
No comments:
Post a Comment