15 March 2012

Kembara Mikro ke Johor: BAHAGIAN AKHIR

15 Mac 2012

1. Bangun pagi, solat Subuh. Putra-alkahfi kena pergi kerja setelah satu hari MC.
Zizularts sudah rasa malas untuk pulang.Sebelum jam 8.30 pagi, kami berangkat pergi.Sayu hati ini makin sayu, rindu....terkenangkan rumah permai.

2. Naik bas dari Pontian ke Perhentian Bas di Larkin, JB. Tiket bas menunjukkan jam 10 pagi waktu untuk pergi. Cet, akhirnya bertangguh hampir ke pukul 10.30 pagi.Janji manis akhirnya terbukti janji kosong. Pada masa perjalanan JB ke Mersing, kejadian yang tidak enak bermula. Sungguh!

3. Di belakang tempat duduk zizularts, tiga pelancong mala'un (jahanam) yang datang dari Singapura membuat bising dengan kata-kata nista,tutur katanya sopan jauh sekali, perkataan "F" (the F word) itu diulang berkali-kali.

4. Allah, petaka apakah ini. Orang timur tiada adab timur. Orang India mahu berlagak Negro,orang Barat mabuk-mabuk dia ikut mabuk-mabuk juga. Minum arak dalam bas! Ish, ini bas bukan bar!

5. Kemuncaknya, sorang wanita yang pening mabuk arak pun muntah, dari kalangan 3 pelancong bongok itu. Uwekk uwekk!! Bau hamis? masam? Semuanya bau yang tidak menyenangkan. Lastly, surat khabar aku juga kena kebas untuk lapik kesan muntahnya. Baunya belum hilang lagi.

6. Belum habis lagi. Semasa berhenti di Jeti Mersing, pelancong lelaki India itu pula mengada-ngada. Mengadu begnya hilang, bising pasportnya terbang bersama backpacknya.Pemandu bas bagi peluang,pemandu bas kedua bagi dia masa, penumpang lain tak halang. Dia cari, tak jumpa. Dia cuba lagi, tiada. Setelah lama berbudi bicara, pemandu bas mahukan lelaki tolol ini turun dan laporkan kehilangan beg dan pasportnya di balai polis.  Itu dah jadi masalah dia, cukuplah dia mengheret kami dengan masalah kawannya yang mabuk tiada bertempat.

7. Aiyoyo, responnya tourist India ini biadap tidak hingat. Perkataan F berterabur keluar lagi dari mulutnya menyalahkan pihak bas dan pemandu yang baik hati. Mujur, pak pemandu tidak reti Bahasa Inggeris, maka lagi mudah kami harapkan dia turun dari bas dan kami tinggalkan dia dan kawan-kawannya yang pening arak itu. Alhamdulillah, masalah hilang. Di terminal Mersing, pak pemandu bersusah payah mencuci isi perut kesan muntah tadi. Niat di hati mahu membantu,tidak mengapa. Pasal niat, dapat pahala.

8. Lalu Rompin sudah, lepas Pekan pun sudah. Maka sampai jua di Kuantan tanah lahirku. Pukul 4 lebih kurang, zizularts turun dengan doa agar masalah dari pelancong yang tidak berapa perangai pelancong ini lerai dari neuron otak.Naik teksi, pergi masuk kem Bukit Galing.Tanpa sedar, zizularts tertinggal dompetnya dalam teksi.

Moral: Arak itu memabukkan dan membawa mudarat pada semua orang, termasuk pada yang bukan peminumnya. Tak pasal-pasal orang yang tak berkaitan terkena masalahnya. Lepas tu gelabah pasport hilang, tak reti budi bahasa.
Sebut pasal dompet aku yang tertinggal dalam teksi itu, pemandu teksi yang baik hati itu susah payah patah balik bagi dompet tu pada aku,terima kasih.
Lain kali, aku patut bawa kamera setiap kali berjalan jauh. 

No comments: