Selama keberadaan saya di tempat yang banyak nama ini: pulau lagenda, permata negeri Kedah, bandar raya pelancongan, etc.... saya jarang-jarang mengetengahkan idea di blog ini.
Langkawi...adalah gabungan dua perkataan yakni Lang (helang) dan kawi (warna coklat kemerahan). Jadi pembaca sudah tahu simbolik Dataran Lang yang berdekatan Jetty Point itu. Saya di Langkawi selama 5 bulan, menumpang di rumah Mak Jawa dan Abah Musib, keluarga angkat adik saya dan bekerja sementara di sana.
Di Langkawi...saya asyik pening-pening helang (bukan lalat lagi) dengan karenah pekerja di sana, karenah budak-budak kecil di rumah, dan ketidakupaya saya sendiri untuk menjadikan keadaan lebih baik.
Bermula di Langkawi, saya berasakan pelancongan adalah satu cabang yang patut diceburi oleh umat Islam. Mulakan dengan apa sahaja, kedai coklat, agensi pelancongan, bahkan khidmat sewa kereta. Setakat Haji Ismail Group sahaja yang ada, apalah sangat berbanding jejeran kedai yang menjual rokok, arak, atau cerut pada harga bebas cukai dan perhotelan yang membawa syubhah di pulau Mahsuri ini. Dengan banyaknya penglibatan orang kita dalam pelancongan di Langkawi, barulah penjualan minuman keras dikurangkan.
Di Langkawi...sama macam tempat lain, budak remajanya biasa-biasa sahaja. Lebih ramai yang lalai daripada yang sedar. Sebab itu saya tak pernah dengar pelajar cemerlang UPSR, PMR, atau SPM berasal dari Langkawi biarpun ada MRSM Langkawi.
Ah, banyak lagi mahu dikhabarkan..namun di lain hari sahaja...Patut kah saya buat begini...
(BErsambung...)
No comments:
Post a Comment