Alamak, saya taip dalam huruf besar ye, maafkan budak ini.
Selama bekerja lama di kedai bebas cukai, akal dan nurani saya menjerit-jerit, " Wahh, bila aku boleh buat komik ni!" Anda tahu, kita juga menderita berada dalam persekitaran yang tidak memahami kita, yang saya yakin menimpa pada mereka yang istiqamah dalam menjadikan Islam sebagai pegangan mutlak. Tiada ihkwah lagi, bahkan tiada cendekiawan yang mampir dengan saya. Ahli akademik manalah yang membuang masa membeli sakan di kedai bebas cukai? Melainkan mereka ada sebab yang kukuh...seperti melancong. Dari kedai itu sahaja saya tahu, pelancong tempatan yang banyak membeli, sedang pelancong asing memilih untuk "membeli tingkap" (window shopping), sekadar lihat-lihat sahaja barangan di kedai. Hmm..pelancong tempatan perlu anjakan paradigma.
fanart saya untuk cerpen KOMSAS dulu...Annys Sophillea
Baiklah cukup saya bermukadimah tiada kaitan. Sebelum saya menulis entri ini, saya melayari beberapa blog pengkarya komik yang profilik, namun saya tumpukan pada artis komik-M. Ya, komik-M jadi sasaran saya lantaran syaratnya yang sedikit ketat, seperti karya bertemakan budaya Malaysia, wataknya harus orang Malaysia, sasaran pembacanya kanak-kanak dan remaja, dan paling penting patuh syariah. Selepas itu barulah kepala saya berisi semula dengan idea komik. Sekarang anda sudah tahu sebab apa saya tulis entri ini. Kerana ianya merujuk pada saya...saya sendiri.
Walaupun hanya ada satu komitmen sahaja dengan Komikniaga, saya masih lagi terkapai-kapai membentuk budaya kerja saya, yang paling khusus budaya karya saya. Saya risaukan hala tuju kerja saya,minat saya, dan hobi saya. Sedang komik dianggap hina oleh ramai orang, bahkan termasuk beberapa ikhwah yang saya kenal. Sama ada mereka kenal saya atau saya baru mengenali mereka. Tidak mengapa, asal jangan menyusahkan diri orang lain. Rasa macam diri saya sudah seperti tikus sekarang tatkala membandingkan profail mereka dengan profail saya, bezanya pada berani atau tidak untuk mempromosi kerja sendiri.
Namun, seteruk mana pun tikus, saya tidak mahu jadi pengecut macam tikus...Tetapi kerja mesti produktif macam tikus. Aih, kenapa tikus produktif?
lukisan sendiri di kala menyepi.madah-madah dari pelukis ilustrasi Sword Bringer.
Karakter original dari zizularts.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Rosak laptop, dicebij rakan sekerja, saya akan tetap melukis. Selain harapan saya agar sinergi berlaku juga dengan rakan taulan dan ikhwah, agar hasil usaha saya tiadalah sia-sia. Salam Maulidur Rasul saya ucapkan.
No comments:
Post a Comment