10 June 2012

kERANA CANGGIHNYA APPLE (parodi)

Rata-rata pelajar sekolah menengah dahulu pasti ingat sekurang-kurangnya tajuk Cerpen ini. KERANA MANISNYA EPAL. Cerpen ini sampai sekarang masih lagi segar dan manis rasanya. Sampai ke tahap menjadi mahasiswa, saya pun terus buat lukisan fan art/ karya peminat untuk cerpen tulisan Faisal Tehrani. Bukan satu fan art, bahkan dua fan art...dan tambahan lagi, saya sudah buat satu lagi twist pada fan art kali ini.


KERANA CANGGIHNYA APPLE (iPHONE)
Entah macam mana saya terfikirkan twist buah epal kepada produk canggih Apple...(baca: iPhone). Dengan penghasilan fan art begini, bertambah minat orang untuk mencari bahan cerita yang baik, semanis epal belle de boskop, epal yang diberikan Buchanan kepada gabenor...lantas mengakhiri kisah dengan tajuknya....Kerana manisnya epal. 

Lagi satu, saya mahu tunjukkan, hasil carian di Google Image: Saya jumpai dua imej pada keyword KERANA MANISNYA EPAL itu merujuk kepada fan art oleh Zizularts!
Tengok ni, tengok betul-betul!

No comments: