09 July 2011

FRAGMEN CERPEN: DIALOG SUBUH

"Awak, mari kita renung firman Tuhan melalui Ayat 36 Surah Saba' ini: Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan (bagi siapa yang dikehendaki-Nya), akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

"Saya melihat ayat ini sebagai janji Tuhan bahawa rezeki untuk umat manusia itu relatif sifatnya, bergantung kepada rencana Tuhan yang penuh misteri kerana bukankah Tuhan itu Maha Mengetahui? Tetapi cuba awak perhatikan, tidak sekali Tuhan mengatakan rezeki-Nya akan habis. Ayat 39 surah yang sama turut mengulang konsep 'relativiti rezeki' ini, namun sekali lagi, Tuhan tidak menyebut tentang kepupusan kurniaan-Nya yang dihadirkan dalam pelbagai bentuk itu. Sebaliknya, Tuhan melanjutkan penerangan melalui Ayat 27 Surah Asy-Syuura: Dan jikalau Allah melapangkan rezeki pada hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba- hamba-Nya lagi Maha Melihat."

Klik dekat sini untuk bacaan penuh.
Saya kena hormat kepada karya Rebecca Ilham, seperti mana karya penulis lain.

No comments: