29 May 2011

CORAK PRODUKSI VILLAIN: GAYA HOLLYWOOD

Dua hari sebelum saya bertolak ke Taiping, atau lebih tepat lagi Changkat Jering yang berdekatan Taiping, saya berkesempatan untuk melihat dokumentari Hollywood's Greatest Villains. Bersiaran dalam History Channel di Astro, pada masa itu saya sentiasa bawa remote control Astro agar tak ditukar siaran oleh anasir-anasir lain yang datang dari adik saya, adik tiri saya dan saudara mara belah mak tiri saya yang pasti akan menukar siaran melihat ulangan Akademi Fantasia yang memualkan itu. Saya ubah suai sedikit dari dokumentari tu.



Okey, cukup dengan mukadimah saya yang self-centered. Maka kita pergi ke pendapat yang ini, Hollywood memang kaya dengan variasi filem, dan dengan variasi filem yang luas juga melahirkan barisan antagonis yang sukar kita lupakan. Baik, mari kita mula.

Imej dari filem Public Enemies
Sebelum era Perang Dunia Kedua, Hollywood mengambil sampel dari samseng Amerika, dan pada masa itu bapa gangster tersohor pada masa itu sedang berada pada kemuncak popularitinya seperti Al-Capone. Dan tak lupa juga pada polis korup yang mengiringi gangster yang berpengaruh ini. Ambil contoh dalam filem Public Enemies yang dilakonkan Johny Depp, yang mengimbau balik kisah ahli dunia jenayah pra- Perang Dunia Kedua.

Kemudian bila dunia melewati era Perang Dunia Kedua, orang Jepun dan Nazi menjadi simbol kebencian dan permusuhan. Maka mana-mana filem perang pada masa itu akan menggambarkan Nazi kejam, Jepun tak berhati perut. Dan pastilah Hitler dilibatkan dalam karya pengarah Hollywood ketika itu. Hollywood benar-benar mengikut trend untuk mengemas kini senarai antagonisnya, dan lama-kelamaan imej American Gangsters bersenjata Tomy Gun pun larut dan tak laku. Pada masa Perang Dunia Kedua ini, watak jahat masih dipandang sebagai watak satu dimensi, tanpa perlu penekanan pada karektornya, cuma jadi jahat sahaja.

 Dr. Hannibal Lecter lakonan Anthony Hopkins
Selepas itu Hollywood juga menunjukkan bahawa menjadi professional juga tidak menjamin kestabilan mental dan emosi. Dan lahirlah Dr. Hannibal Lecter, pakar psikiatri yang sociopath dan psychopath. Pembunuh bersiri yang makan perut manusia dalam filem The Silence of the Lambs ini tampak seperti terpelajar, mempunyai citarasa yag tinggi namun dalamannya sangatlah busuk. Dalam kehidupan sebenar, banyak skandal telah terbongkar membabitkan golongan elit dan atasan ini. Seiring dengan kemunculan psycho villain, juga terbitlah beberapa antagonis yang menjadi mesin membunuh yang tak berotak (Freddy Krueger, Jason Vorrhoes, dan Leatherface). Namun Leatherface dari filem Texas Chainsaw Massacre adalah twist daripada kisah benar seorang petani yang mempunyai identiti lain, sebagai pembunuh bersiri.


Haha, gelilah duduk dalam mulut jerung palsu ni
Ada lagi... Bukan sahaja manusia dijadikan sebagai villain, bahkan haiwan juga disenarai hitamkan seperti jerung Great White dalam filem Jaws. Imej jerung merosot teruk walaupun hakikatnya manusia lebih banyak terbunuh dalam kemalangan berbanding mati dalam dakapan (err, mulut) jerung. Dalam setahun, paling ramai seorang yang mati akibat diserang jerung. Haiwan apa lagi dalam senarai sebagai villain? Dinosaur, buaya, piranha, singa, serigala, dan babi hutan (?!).


Seterusnya, Hollywood juga mengambil anasir asing untuk diserapkan dalam barisan antagonis yang supernatural. Termasuklah filem The Ring (saya tak nak tunjuk imej hantu tu, adalah). Kisah hantu ni banyak berlaku di sekitar perempuan untuk filem seram sekarang. Nak tahu? Banyak perempuan yang jadi hantu. Perempuan juga yang jadi pemula sebuah petaka yang meragut nyawa. Dan perempuan juga yang mula-mula mati dibunuh dahulu, sama ada oleh pembunuh bersiri atau entiti supernatural. Dan ini maksudnya apa? Satu lagi bentuk eksploitasi wanita dalam karya kreatif. Dan filem tahyul Malaysia juga mengikut trend ini.


Hollywood terus bernafsu besar untuk mencipta imej musuh dalam filem-filem mereka. Dan sekarang kita pergi kepada tema yang Amerika besar-besarkan: Islamophobia. Dan saya kira menepati agenda politik antarabangsa mereka, dengan cara merujuk Islam kepada orang macam Osama bin Laden, Saddam Hussein dan orang yang dikira memusuhi Amerika, yang dikira amat tidak tepat sama sekali. Mereka tidak pernah peduli bantahan oleh Muslim seluruh dunia. Asal ada satu benda buruk tentang umat Islam, mereka akan mempromosikannya. Publisiti meluas. Imej musuh yang dicipta Amerika digunakan untuk menguasai masyarakat, atau dalam bahasa mereka Create the image of enemies in order to have society. Dalam jangka masa yang panjang, tema ini akan terkena balik pada tuan mereka.

Macam mana pula dengan super-villain? Perang dah berlalu, maka diciptalah super-villain, yang memiliki ketamakan yang super, dan teknologi yang superb. Cuma memiliki idea yang mereng (gila, pelik) untuk menakluki dunia seperti menguasai dunia dengan berus gigi atau melancarkan perang dengan pencungkil gigi. Tengok macam Dr. No dalam filem James Bond. Intelek, you.

Mungkin filem yang hebat bukan tertumpu kepada watak hero dan heroin, bahkan kepada antagonis. Tidak mustahil saya katakan antagonis yang menjadi sebab penggerak cerita, yang seterusnya menjadi dorongan kepada kemunculan wira dalam sesuatu filem. Apa pun, dalam kehidupan sebenar mereka tidak begitu menonjol, sentiasa kemas dan bermanis muka dan kelihatan profesional seperti lagak Dr Hannibal Lecter. Namun ingatlah, bahawa manusia mempunyai musuh yang nyata; Iblis dan syaitan. Peringatan " Sesungguhnya Iblis itu musuh yang nyata bagi kamu" dalam Quran telah muncul beberapa kali sebagai peringatan. Akhir kalam, saya suka untuk mengambil petikan terakhir dalam filem DEVIL arahan M. Night Shymalan, " If Devil is real, God must also be real", sebagai jawapan perlindungan Allah daripada tipu dayanya. Salman Rushdie jahanam itu pastinya tidak terfikirkan frasa ini.

2 comments:

Bashir IbnDzul said...

salam,

menarik. apa tajuk dokumentari tu? boleh try cari kat youtube, kot2 ada.

Unknown said...

ermm.okey, tajuk dia macam mula mula dalam penulisan tadi: Hollywood's greatest villains. kalo cari video yang full di youtube rasanya takde sebab tayangan dia sampai dua jam. Mungkin ada part lah kot.