28 December 2010

KARIER ANDA: POPULAR ATAU TIDAK

Alkisah, pada satu petang Azizul menuju Pustaka Aslam bersama kawan dia. Si kawan ini mahu novel Hilal Asyraf. Azizul pula, tiada agenda. Selain menemani kawan ini melakukan pembelian buku yang dicarinya.

Haa, Azizul pun terbelek sekejap buku NOTA JUTAWAN hasil tulisan Dr. Irfan Khairi. Buat sesiapa yang tidak tahu, atau tahu-tahu lupa, Dr. Irfan Khairi ini usahawan Internet yang dikira berjaya. Setiap halaman ada ilustrasi berwarna, dan kualiti kertasnya bagus. Azizul merasakan buku ini pun satu strategi pemasaran Dr. Irfan Khairi.



Dan akhirnya.....Azizul tetap tidak membeli buku tersebut. Dalam hati dia berkata," nantilah". Dan mungkin sampai sekarang buku itu ternanti-nanti untuk bertukar hak milik (kedai kepada pengguna).

Baiklah, itu baru mukadimahnya. Sebenarnya saya memang tak boleh bercerita tentang buku NOTA JUTAWAN tu, kerana saya tidak membelinya pun. Takde kaitan pun dengan tajuk di atas. Saya hanya bercerita tentang kerjaya (salah satu bab yang sempat dibaca).

Anda tahu, Chef Wan asalnya pelajar Perakaunan di Australia, alih-alih jadi chef yang terkenal di Malaysia, bahkan sekitar dunia. Anda tahu mendiang Steve Irwin, ya Crocodile Hunter (untuk selamatkan buaya, bukan menyiat kulit buaya buat purse)? Dia asyik-asyik sebut, "Crickey", "Whamp", "Isn't she beautiful?".
Melalui Chef Wan, dan Steve Irwin; kerjaya tukang masak dan penjaga zoo menjadi popular, sungguh. Kerja begini tak boleh lagi dipandang rendah, bahkan boleh jadi kerjaya profesional, asalkan ada kesungguhan (jihad), minat gila-gila punya, dan bersikap profesional. Selepas ini, kerja chef takkan dibenci oleh bakal mertua, dan kerja pemuliharaan alam sekitar tidak lagi dicebik kawan-kawan (harapnya begitulah).

Kebetulan pula, Chef Wan pernah belajar di Australia, dan Steve Irwin asal dari Australia. Nak jadi terkenal, bukan maksudnya anda tinggalkan karier sekarang. Kreatiflah dengan kerjaya sekarang. Dan dunia akan memahami siapa kita melalui apa yang kita buat. Dengan reputasi baik di kalangan masyarakat, mudahlah kita menyampaikan mesej kepada mereka. If you want to deliver the message, be the message itself!

Alhamdulillah, dalam kalangan agamawan kita sudah ada Ustaz Zahazan, Ustaz Zaharuddin, dan Ustaz Azhar Idrus. Tidak ketinggalan juga saifulislam.com. Mereka semua ini menjadi rujukan kita. Masalah gila publisiti atau men CaPub(cari publisiti) tidak timbul di sini. Kebaikan menjadi terkenal: masyarakat mengambil anda sebagai contoh, dan takde orang yang akan mencuri identiti nama orang terkenal. Tapi itu hal lain pula.

Azizul pun bermonolog,"adakah kerjaya penulis atau kartunis Islamik sudah diterima masyarakat?"

2 comments:

syazasyazwan said...

Ha'ah.. Mcm Maher Zain. Ambik Aeronautical Engineering (kan?), last2 jadi recording artist.

Eh.. Nape lak Steve Irwin tlh menjadikn kerjaya tukang masak ni populer? Huhuhuh~

putra-alkahfi said...

oh ye ke? tersilap tulis lah. saya dah betulkan dan tambah sedikit untuk entry ni. terima kasih syaza, dan minta maaf atas silap tersilap dan kesilapan tadi.