30 May 2011

LYNAS: Hasil akhir nanti....

Panel semakan projek yang sangat berbahaya: Pembinaan kilang proses nadir bumi di Gebeng nanti akan mengeluarkan keputusan pada hujung bulan Jun 2011, Insya Allah kita doakan agar bencana itu tidak menimpa. Maka sebelum berlaku keputusan itu, sudah ada desakan daripada orang Kuantan. Jika motivasi kepada projek kilang ini adalah wang, itu sangat tidak patut.

Apa pun, pembinaan kilang itu memang berlaku sekarang. Kita sahaja yang tak nampak, buat-buat tak nampak.
Daripada meneruskan projek kilang yang bakal membawa berkali ganda lebih celaka daripada kejadian Bukit Merah, saya amat menyokong kepada pembinaan insenarator yang dapat menyelesaikan masalah pelupusan sampah. Itu sebaik-baik sumbangan selain daripada klise "membawa masuk pelaburan asing".

Sila faham, ini bukan isu politik, pandanglah dari sudut kemanusiaan, kesejahteraan alam, dan kepentingan umum juga. Serta bukan beban yang hanya diterima orang Pahang sahaja. Beban kita semua, kerajaan dan pembangkang, NGO dan masyarakat.

No comments: