25 June 2010

setiap kali nak Buat, Baca....





Orang yang masuk rumah orang lain tanpa memberi salam diangap KURANG BERADAB!

Begitu juga dengan perlakuan kita meminjam barang orang lain hendaklah terlebih dahulu meminta izin pada yang empunya....

Begitu juga dengan ingin meng “login” facebook, pasti memerlukan kata kunci atau passwordnya terlebih dahulu,

Pendek kata semua perbuatan ada KATA KUNCINYA......

Tapi apa kata kunci dalam setiap perbuatan/gerak kerja kita?
Saya pernah terdengar satu cerita, pada satu ketika seorang suami tidak suka sama sekali denagn sikap isterinya iaitu apabila setiap perbuatan isi isteri, isterinya akan membaca “Bismillahhirrahmannirrahim”. Oleh kerana ingin mencabar dan dengki pada perlakuan baik si isteri, maka si suami ini merancang satu helah untuk mengenakan si isteri.

Si suami yang baru pulang membawa sejumlah wang yang agak banyak, apabila setiba sahaja di rumah, si suami pun menyuruh isterinya menyimpan wang tersebut ke dalam laci. Si suami pun melihat tempat wang yang disimpan. Tanpa di sedari isterinya, si suami mengambil duit tersebut senyap-senyap....

Pada satu jangka masa selepas itu, si suami pun meminta si isteri mengambil kembali wang yang disuruh untuk menyimpannya(wang tersebut telah pun diambil suaminya senyap-senyap).

Dengan lafaz Bismillahhirrahmannirrahim si isteri pun membuka laci tersebut dan mengembalikan wang tersebut pada suaminya. Alangkah terkejut suaminya, wang itu ada di dalam laci!. Lalu, beliau amat menyesal dengan sikapnya yang membenci setiap perbuatan isterinya, si isteri akan membaca Basmalah.

Cerita ini sudah cukupuntuk menyedarkan kepada kita kelebihan membaca Bismillah pada setiap perlakuan kita. Bahawa Rasulullah s.a.w. mengajar pada kita untuk setiap perbuatan dimulakan dengan membaca Bismillah.
Kalaupun susah sangat nak baca doa makan, doa tidur, dan doa-doa lain, tetapi sekurang-kurangnya bacalah Bismillahhirrahmannirrahim.....berat sangat mulut? Ada emas kat mulut?. Mulut kita bukan macam mesin ATM, sekali buka kena keluar duit.....


SIGNIFIKAN BACA BASMALAH?
Pada pandangan saya, jika kita baca tak rugi pun sebab:
1) Dapat pahala, sebagaimana kita dianjurkan Rasulullah s.a.w., juga sebagai kita mensyukuri nikmat Allah yang berikan untuk melakukan sesuatu. Kerana tangan, mata, kaki semua ciptaan Allah...

2) Mendapat perlindungan dan gangguan jin melihat aurat kita sebagaimana,
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud

“Tirai di antara jin adan aurat umatku iaitu apabila salah seorang antara kamu memasuki bilik air, dia membaca bismillah”(Hadis Riwayat Tirmizi)

3) Sikap tawakal kita yang sangat tinggi. Orang yang hebat percaya bahawa setiap usaha yang dilakukannya akan diserahkan pada Allah kelak akhirnya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud
“barangsiapa yang bertawakal pada Allah, nescaya Allah akan mencukup kannya”. Ayat ini selalu kita nampak, Ayat seribu dinar yang tergantung dikedai2 dan dirumah.

4) Cuba hayati, fahami dan last sekali praktikkan! Jangan faham jer tapi tak buat....
Hayati maksud Bismillahhirahmannirrahim....iaitu Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani....(setiap surah dalam Al-Quran, akan dimulakan dengan Bismillahhirrahmannirrahim kecuali awal Surah At-Taubah).

5) Senjata melemahkan qarin, syaitan yang bersama kita. syitan akan jadi lemah jika kita nak makan baca bismillah, bila nak tidur mahupun apa saja.

Jangan sesekali kita mengambil enteng, dengan perlakuan ini, nampak kecil TAPI Kesannya member IMPAK yang besar kerana ianya juga boleh memadamkan dosa-dosa kecil kita yang mengalir macam air.......

Jom, mulakan setiap perbuatan kita, kita akan baca Bismillahhirahmmannirahim.....







No comments: