23 June 2009

Bersama Program KRIM JOHOR...







“along ikut pergi tak?”.mak tanya.

“tak tahu lagi, along nak pergi tapi takut tak sempat. Bleh tak along tak pegi?”tanya saya.

“Boleh yea tolong Iqmal pergi ikut meminang”mak cik mencelah. Dia suruh saya pergi ikut rombongan sepupu saya bertunang.

Hari sabtu masa tu saya agak busy skit bantu sepupu saya pergi meminang. Siapkan hantaran sampai 15 dulang, saya tolong tengok jer pun.hehe..lagipun ini kerja perempuan. Cadangnya bertolak lepas zuhur, tapi lama kelamaan dah pukul 3. Mana tak cemasnya.

Mulanya saya keberatan nak pergi sebab dah lewat, maghrib dah kena sampai kat kulai di Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra. KRIM mejemput saya untuk menyampaikan kuliah maghrib disanan.Mak dan makcik saya pujuk suruh saya pergi juga, takde sepupu lelaki lain lagi. kalau saya pergi ikut meminang ‘tendency’ untuk saya lewat untuk sampaikan kuliah maghrib itu ada. Nak pergi ker tak nak????

Saya telefon cikgu Ismail untuk tukar jadual kuliah saya pada waktu subuh esoknya. Cikgu Ismail adalah Pengerusi kepada KRIM JOHOR, (Kelab Remaja Ikatan Muslimin) di bawah ISMA. Beliau lah yang menjemput saya untuk sampaikan kuliah maghrib . Saya buat keputusan untuk pergi ikut rombongan meminang dan InsyaAllah saya boleh sampai pada waktunya. Saya pergi juga sana, ambil berkat….

Alhamdulilah saya dapat juga sampai pada tempatnya sebelum maghrib. Kuliah dijalankan di dewan. Saya bawa tajuk pengajaran daripada Surah Luqman ayat 12-19. Yang mana topik dibincangkan merangkumi tauhid, menjauhi perkara2 syirik, berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kepentingan mendirikan solat dan berbuat baik sesama manusia.

Antara pengajaran dari surah Luqman:

1) tentang akidah kita. Menjauhi segala perkara2 syirik. Membuat apa2 perbuatan lillahi Ta’ala. Kerana Allah bukan manusia, bukan ganjaran, bukan pangkat mahupun harta… tak kira lah dari perbuatan, percakapan mahupun iqtiqad. Dosa yang tak diampunkan Allah ialah dosa menyirikkan Allah.

2)Ayat ke -14 pula, Allah menyuruh kita berbuat baik terhadap ibu bapa. Ramai orang melayani girlfriend melebihi ibunya. Belikan teddy bear la, rantai, belanja makan dan minum, siap suap menyuap lagi. nak bagi mak duit sbulan sekali pun payah. Klu makan kita yang makan isi, tulang, kepala ikan mak ayah yang makan…ish2….

Saya teringat pada satu kisah Seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w. untuk meminta nasihat. Ujar lelaki itu: “Ya Rasulullah s.a.w., berilah aku satu wasiat yang pendek tetapi boleh memberi manfaat kepadaku didunia dan di akhirat.” Rasulullah s.a.w. bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ayah dan ibu?” “Ya,” jawab lelaki itu. Maka kata Rasulullah s.a.w. “Andaikata perlu disiapkan makanan ke mulut mereka, maka suapkanlah. Satu suapan yang kamu suapkan, Allah akan bina sebuah mahligai di syurga untukmu.”(Kitab Ihya ‘Ulumuddin, Imam Ghazali)

Tentang berbuat baik pada ibu bapa ini, antara ayat Qurannya Surah Al-Israk:23-24 dan Al-Ankabut:8.

3)pelaksanaan solat dan menyuruh menbuat ma’ruf dan menjauhi mungkar. Ayat ini ada kaitan juga antara solat dan peribadi seseorang. Orang yang solat sempurna rukunnya dan khusyuk pasti baik juga akhlaknya. Tapi kenapa ada orang yang solah masih jahat lagi? Saya teringat Abu Hurairah tanya pada Rasulullah, bagimana kalau dia masih mencuri?. Rasulullah menjawab “Suruh dia teruskan solat lagi, lama kelamaan pasti dia akan meninggalkan perbuatannya itu”.

Saya join program sampai keesokan hari. Alhamdulilah pelajar2 yang mengkuti sangat aktif dan berani apabila diminta untuk berdiri ke hadapan memberi pandangan dan kreatif dalam aktiviti berkumpulan.

Saya yakin pelajar yang aktif dari segi fizikal mahupun ketah

anan mental dan berkebolehan berkerja dalam kumpulan adalah satu nilai tamb

ah apabila memasuki ke alam Universiti nanti, InsyaAllah.

Banyak lagi yang saya nak kongsi lagi, itu sahaja setakat ini. Baru2 ini KRIM JoHOR ada buat buat Kem Anak Soleh dan Anak Derhaka di Sekolah Pulai Sebatang. 20,21 Jun kami di 2 buah sekolah di Kulai juga. syabas KRIM JOHOR teruskan usaha, istiqamah dalam gerak kerja Islam dan mendapat keredhaan Allah sentiasa.

1 comment:

miashuhada said...

Alhamdulillah...

Walau sibuk ngan praktikal dan kekangan masa yang tak menentu..masih sempat berbakti kepada adik2 yang sememangnya memerlukan penambahan ilmu dari kita...

Teruskan usaha untuk berbakti dan menyebarkan secebis ilmu untuk insan2 terpilih yang memerlukan..

Selamat berjuang