05 May 2009

Ceramah di Kem Malanggang, pelajar2 SMAKK




Pada hari sabtu lepas, saya mendapat jemputan berceramah daripada  Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu(SMAKK) kepada pelajar-pelajar SMA

KK yang mengikuti Perhimpunan Agung Badan Beruniform, iaitu bertempat di Kem Malanggang, Tuaran, Sabah.

Saya bukan pandai sangat berceramah, baru be

rtatih. Sebelum tu, sempat bertanya pada murabbi saya, dia respon “teruskan”. Saya pun makin bersemangat…

Ini kali pertama saya berceramah kepada pelajar2 sekolah agama. Agak gerun juga! Saya pergi brsama 2 orang rakan saya  iaitu Azizul dan 

Fakhrul dan dijemput oleh Ustaz Zulkifli, guru yang mengajar di sekolah sana. Nampaknya ustaz ni pendiam pada awalnya, lama2 kami semakin akrab mana tak nya 2 orang rakan saya memang sudah lama kenal ustaz Zul, Azizul pelajar kelas bahasa Arab dan Fakhrul sorang lagi rakan bekas pelajar sekolah SMAKK.

Sepanjang perjalanan Ustaz Zul memberi gambaran tentang apa yang saya perlu tekankan pada pelajar2 dan kami lebih banyak bercerita tentang dakwah di Sabah. Ya dakwah, memang ladang dakwah di sabah ini sangat subur, tapi kurang orang yang beragama terjun ke m

edan dakwah. Perkongsian antara kami menjadikan gemuruh saya turun pada paras stabil…..

Alhamdulilah kami sampai awal. Tak ku sangka, ramai juga pelajar yang terlibat dalam perkhemahan ni, dah lah hampir semua bersongkok dan bertudung labuh. Alangkah bagus mereka ini terus menjadi kader2 dakwah di Sabah satu hari nanti.  Hampir 200 pelajar itulah yang diberitahu Ustaz pada ku. Pelajar2 yang ter

libat adalah dikalangan Tingkatan 1 sampai Tingkatan 6. Urm, sekali lagi aku teringat Kata2 supaya menyampaikan sesuatu ikut kemampuan akal penerimanya….

selain dapat tahu keadaan dan suasana, kami dijemput makan dulu. Pasal bab2 makan ni, aku memang suka.Hehe…lauk2 pun panas, tapi tak boleh makan banyak sangat, ada sendawa nanti…

Azan maghrib berkumandang, berduyun2 pelajar mengambil wudhuk dan bergegas ke Dewan untuk solat maghrib. Lepas solat maghrib, saya memulakan ceramah. Tapi apa yang membuat saya gementar, ustaz2 ustazah ada sekali join, takpe saya teruskan dan bertawakal wa

laupun ilmu  di dada  sangat cetek. Tajuknya Peranan Pelajar Muslim…aku tekankan aspek pentingnya berilmu, hormat pada ibu bapa, guru, istiqamah dala

m usrah, menghargai ustaz/ustazah untuk pelajari ilmu2 dari mereka dan persahabatan antara satu samal lain….

Alhamdulilah pelajar2 sekolah agama setiap kali di ajukan soalan memang boleh jawab. Respon alhamdulilah tapi itu bukan harapan yang penting mereka ada kesedaran dan mendapat ilmu dan mengamalkanya.

Selepas itu kami pun solat Isyak, sekali lagi Ustaz menyuruh aku jadi Imam, malunya…selepas solat aku bersalaman dengan pelajar dan kami berbual panjang dengan Ustaz2 di sekolah sana. Soalan lazim yang ditanya “enta sekolah mana dulu?”. Macam biasa saya jawab, “sekolah biasa2 jer”…Tarbiyah berterusan yang menjadikan saya istiqamah dan cintakan ilmu….

Selepas itu pun kami pulang dan dihantar oleh Ustaz Zul, sebelum kami singgah di restoran, makan lagi! kawan2 aku ni memang kuat makan betullah tapi saya pun tak ketinggalan.hehe…di situ Cikgu Zul, bercerita panjang lebar dan berkongsi masalah ummah yang melanda. Banyak juga pengetahuan yang kami peroleh….syukur ke hadrat Allah s.w.t. memberi ruang untuk saya berdakwah dan belajar memperbaiki penyampaian..

No comments: