09 December 2008

TASAWUF

Penarangan Ilmu Tasawuf ini saya terangkan bagi menjawab persoalan SMS dari rakan saya. Mungkin pengisian saya sedikit ini dapat menjelaskan tentang konsep ilmu tasawuf.

Ilmu fardhu Ain yang wajib dipelajari oleh setiap mukmin terbahagi 3 iaitu: Ilmu Tauhid, Ilmu Fiqh dan Ilmu Tasawuf.(mengikut kadar masing2)

Adapun kadar fardhu ain bagi ilmu Tauhid dan ilmu iqh atau Syara’ saya akan jelaskan di lain lapangan. Kadar fardhu ain bagi ilmu tasawuf pula ialah perkara2 yang berhubung dengan ibadah hati dan perkara2 yang merosakkan amal seseorang. Umpamanya solat yang sah dari segi fiqhnya tetapi jika disertai dengan penyakit ‘ujub, riya’, takabur dan sebagainya, maka amal itu tertolak.(ini saya ambil dari buku keaslian tasawuf, penyusun:Haji Ibrahim).

Kepentingan ilmu Tasawuf, Imam al-Ghazali di dalam Ihya ‘Ulumuddin, beliau berkata:

“Barangsiapa tiada baginya bahagian daripada ilmu tasawuf, nescaya ditakuti atasnya su’ul kahtimah, yakni mati dalam maksiat”.

Syeikh Ibnu ‘Ibad di dalam syarah al-Hikam Ibnu ‘Athaillah berkata:

“Dan inilah, yakni ilmu tasawuf, iaitulah segala ilmu yang sayugia bagi manusia menghabiskan umurnya dalam menuntutnya. Dan jangan merasa cukup dengan banyak dan sikitnya ilmu itu”.

Beberapa prinsip dan konsep asas yang biasanya disebut di dalam kitab2 tasawuf oleh ulama2 tasawuf yang muktabar.

  1. Taqwa
  2. Mempelajari ilmu Tauhid, Fiqh dan Tasawuf.
  3. Zikrullah(bagi saya dalah lebih baik kita tahu zikir yang dibaca adalah ma’thur)
  4. Muraqabah
  5. Istiqamah dan mujahadah
  6. Penjelasan mengenai berbagai2 sifat tercela(mazmumah)
  7. Penjelasan tentang sifat2 mahmudah(terpuji)
  8. Menjelaskan keEsaan Allah
  9. Syeikh atau guru mursyid(belajar dari orang yang faqih, alim dan benar agamnya)
  10. Penjelasan mengenai pengalaman2 rohaniah.
  11. Terdapat Adab2 yang perlu dipelajari.
  12. Konsep Tawasul

Itu sahaja saya dapat sampaikan dalam waktu yang terbatas ini, InsyaAllah dalam lapangan lain saya akan kongsikan lagi. Lagi bagus merujuk guru2 yang faqih dalam bidang ini. Tasawuf ini adalah bidang ilmu tentang ibadah hati, ikhlas dalam melakukan ibadah. Membentuk hati yang bersih, ini merupakan satu sifat mahmudah lagi terpuji....

4 comments:

Deana said...

salam... maknanya bila mana kita kuasai ilmu tasawuf ni.. ibadah kita akan jd lbh bermakna dan berkesan?

putra-alkahfi said...

salam...yap, bukan kuasai shj, tapi apa yang kita nak capai adalah keihklasan hati dalam ubudiyah kepada Allah...ilmu tasawuf ni menjadikan hati kita bersih..

Deana said...

salam.. ow. ok,da faham sket2.. makaseh~

Muhammad Yassin said...

salam ...Kunjungi situs kami di http://www.manbaul.site50.net, risalah yang ditulis oleh Muh.Yasin berjudul Tsamrotus Syari'ah