15 August 2013

KUDETA MESIR, HINA DIRI DAN PERTIWI

Dari Pengarah CASIS, Universiti Teknologi Malaysia: Prof Dr. Wan Nor Wan Daud.

Status ini di FACEBOOK adalah ringkasan paling baik setakat yang saya jumpa tentang apa yang berlaku di Mesir, dan malangnya di Malaysia sekali. Akademik dan politik.

Jika terganggu dengan penggunaan diksi dan kesalahan ejaan..

Mari..saya letak ayat yang dah cukup sifat seperti berikut:

Dengan dana asing, negara membedil rakyat sendiri, menumpas presiden pilihan demokrasi.

Untuk undi bangsa asing, pemimpin politik membelakangi aspirasi bangsa sendiri.

Untuk pujian orang kafir, ketua-ketua Islam mempersenda agama sendiri.

Untuk diiktiraf antarabangsa, sarjana kita malu mendidik pertiwi dalam sendiri,

Jutawan bangsa menyumbang berjuta dana membiayai institusi luar negara.

Institusi sendiri terbiar miskin memeras poket mahasiswa-mahasiswi.

Sarjana asing digaji puluhan ribu disanjung melangit tinggi, berjumpa raja dan menteri.
Sarjana sendiri dipaksa mengisi borang saban hari untuk pentadbir yang tak mengerti.


No comments: