20 November 2012

REWANG FB TENTANG GAZA

Isu ini patut dapat perhatian umat Islam. Lagi-lagi di sini. Di Malaysia. Jadi, hulurkan bantuan dalam bentuk apa sekali pun; doa, wang, usaha...atau sekadar update status di FB dengan kisah kesyahidan pejuang Palestin dan ketakutan Yahudi Zionis yang kita hairankan. Hairan kerana mereka ada senjata canggih-canggih. Sistem pertahanan udara Iron Dome, helikopter tempur canggih Apache, dan Amerika sebagai bouncer mereka. Namun sebab kita ada iman, janganlah dihairankan...

Kerana Allah yang memegang hati semua orang, termasuk Zionis laknatullah. Dan install rasa takut pada hati mereka adalah perkara yang terlalu mudah bagi Allah.

Sebut pasal bantuan, di sini saya tolong tunjukkan salah satu jalan untuk sumbangan kepada saudara kita di Palestin. Sumbangan orang Malaysia tidaklah seberapa, tapi orang Palestin paling mengenang bantuan daripada kita. Seperti kita lebih dekat dengan mereka, walaupun jauh beribu batu. Tengok gambar bawah ni. Eloklah jadi cover photo akaun FB tuan-tuan.


Namun dalam merewang-rewang di laman sesawang FB, ternampaklah statement yang amat tidak wajar. Atau patut saya kata: Ignorant bastard? Credit kepada page Hampeh e-card.


No comments: