22 November 2010

BEGINI SEPATUTNYA ORANG BALIK DARI HAJI

Tatkala ada kalangan kita diberi peluang oleh ALLAH untuk mengerjakan haji, buatlah sehabis baik. Mabruk atau tidak keputusannya dilihat selepas kembali ke tanah air. Bahkan di majalah hiburan pun ada hightlight pasal artis pergi haji. Perasaan mereka semasa melihat Kaabah, rasa insaf depan makam Rasulullah. Kemudian mereka bergaul bebas kembali, aurat terdedah kembali. Suruh berhijab, nanti orang kata tak ikhlas...Ahli politik dan ahli prniagaan pun sepatutnya berusaha bebas dari rasuah selepas pulang dari haji, tapi insafnya waktu di Tanah Suci, bila di tanah air perangai buruk kembali. Makan suap juga...

Haji seolah-olah seperti pasport untuk terus berdosa, dengan anggapan bahawa cukuplah fadilat dan pahala yang mereka kutip di Tanah Suci. Itu mereka, yang silap dang tertipu dengan ibadat sendiri.

Oh, tajuk di atas tiada kaitan dengan orang-orang yang belum betul-betul insaf lagi. Orang berikut yang kita patut contohi sebagai orang yang dah bergelar haji, atau hajah. Malcolm X mengubah pandangan radikalnya selepas bersama-sama bangsa lain dari seluruh sudut bumi Allah ketika haji. Baliknya beliau ke Harlem, Malcolm X memperjuangkan kesatuan Manusia apabila menyembah Tuhan yang Satu. Beliau gigih berjuang, selepas pengalaman makan sepinggan, minum setalam tidur setempat bersama orang kulit putih yang dibencinya dahulu.

Yang kedua, orang Yahudi Austria (sekarang jadi Poland) bernama Leopold Weiss. Selepas revert kepada Islam (istilah sesuai daripada convert kerana Islam agama fitrah), namanya Muhammad Asad. Beliau banyak mengembara ke serata Timur Tengah, menemui satu fakta bahawa bahasa Arab Badwi tidak banyak beza dengan Bahasa Al-Quran dan bahasa pertuturan zaman Rasulullah. Bayangkan Bahasa Arab kekal asli lebih 14 kurun. Buku biografinya "The Road to Mecca" banyak menggambarkan kembara rohani beliau menuju ke Tuhan yang selayaknya disembah, dan mengusahakan terjemahan Sahih Bukhari dan Al-Quran ke Bahasa Inggeris. Dan pada 92, Muhammad Asad menghembuskan nafas terakhirnya pada umur 92 tahun (maksudnya lahir pada 1900).

Di Malaysia, kita juga ada figur begini. Berubah total sekembalinya dari haji. Mungkin ada lagi orang lain, namun nama ini yang saya kenal dan saya baca bukunya. Prof Muhd Kamil Ibrahim, kelahiran Besut. Beliau memang dari dulu baik pekertinya, cuma ibadatnya so-so sahaja, pakai seluar pendek semasa ke shopping complex. Ditakdirkan Allah, beliau dapat giliran pergi haji. Itu satu anugerah, namun kerisauan pula yang timbul. Beliau tersangkut-sangkut membaca Quran. Hanya surah pendek sahaja yang dihafalnya. Isteri beliau mendorong untuk belajar dan menunaikan haji seikhlas mungkin. Ah, panjangnya summary penulis ini. Sekembalinya dari haji, dengan jawatan Prof dan pengarah kampus Uitm di Johor, beliau mula bersungguh menanamkan rasa bertuhan kepada pelajar dan staf di sana. Dengar cerita saya tidak mencukupi. Bacalah buku tulisan beliau sendiri, Travelog Haji dan Travelog Dakwah. Macam mana seorang Profesor yang tersangkut bacaan Qurannya dulu berani menulis pasal dakwah-dakwah ini, ada dalam tajuk buku yang saya sarankan tadi.


Pastinya mereka hebat-hebat belaka kerana haji itu kembara rohani, mengubah jiwa, nama (optional bagi Malcolm X dan Weiss), dan mengubah pandangan mereka tentang kehidupan. Besar bezanya, antara membina hidup dan membina kehidupan. Begitulah sepatutnya al-hajj yang betul-betul haji, mereka memperjuangkan pula mesej Kesatuan Manusia kerana Tuhan Yang Satu. Tanpa perlu cerita-cerita ghaib, kisah orang hilang dalam masjid, atau kembara dengan jin Islam. Islam itu boleh dibuktikan dengan reasoning.
Harapnya tuan punya blog dan admin juga bersama pengunjung mengikuti jejak mereka.Ameen.

Eh, takde pula gambar Prof Kamil ni. Minta maaf, dan terima kasih daun keladi kerana membaca tulisan biasa ini.

No comments: