rs%5C77TOBE%7E1%5CAppData%5CLocal%5CTemp%5Cmsohtmlclip1%5C01%5Cclip_filelist.xml">hememapping.xml">
“baca buku kan dah cukup, tak payah nak berguru-guru ni” ni biasa yang kita dengar.
Bagi saya sekadar membaca sahaja tidak cukup, kita banyak tak faham apa yang nak disampaikan. Kalau faham pun, tak sefaham orang yang ingin menyampaikan/menulisnya.
Ini juga untuk menjawab persoalan2 kenapa kita perlu berhalaqah, ada buku dan silibus dalam halaqah/usrah yang dijalankan.
Nak berjihad, nak perjuangkan Islam, nak tegakkan daulah mahupun Khilafah mesti didahulukan dengan ilmu dan tarbiah. Macam itu jugalah nak masak, kena tahu apa yang nak dimasuk dulu dan kemudian. Tak boleh pakai campak jer!, mesti tahu ‘priority’ dan ‘kenapa?’ . Maksudnya dalam memasak pun mesti ada ilmu dan pendidikan. Dengan ada pakar masak disebelah kita pasti kita mudah faham dan ingat.
Kenapa perlu berguru dengan ahli wara’ dan I’tidal(intelektual)???
Bagi orang yang hendak memahami Al-Quran dan As-sunnah contohnya, memerlukan tafsir para mufassir, sarah para musarrih(juru komentar), dan fiqih para fuqaha. Mereka adalah orang yang berkhidmat kepada Al-Quran dan As-sunnah mengembalikan yang asal kepada asalnya, menghuraikan satu cabang Ilmu menjadi berbagai cabang dan meninggalkan kita pelbagai warisan agung. (Kebangkitan Pemuda Islam, Prof. Yusuf Dr. Al-Qardhawi)
Barangsiapa yang mengaku telah menguasai Al-Quran dan As-sunnah dan mencela para ulama’, maka sebenarnya dia tidak menguasai ajaran Islam. Lihat sahaja sekarang! Yang pakai kopiah, bercakap TENTANG ISLAM tapi dok mengutuk dan mencaci orang Islam yang lain. Adakah dia tak membaca/mentadabbur ayat2 Al-Quran dalam surah Al-Hujurat yang banyak menyuruh kita sesame muslim jangan mengolok2 orang lain, dan mengeratkan ukhwah sesame kita!...
Kalau kita sekadar membaca tak cukup, seeloknya kita memahami dan mempelajari dari orang yang faqih/faham dalam bidangnya. Saya pelik, ada orang baca hadis, kemudian menghurai hadis tanpa baca dahulu syarahnya, mahupun tahu konteks hadis tersebut.…baca sepotong ayat Al-Quran tentang hokum, kemudia tanpa merujuk tafsir muktabar, dia langsung sahaja menghuraikan ayat2 Allah seolah2 dia menafsir sendiri ayat tersebut. Bahkan ilmu nahu dan bahasa arab tak pernah dipelajari!
Kita sepatutnya berguru supaya kita lebih mudah faham, ilmu bukan cukup sekadar tahu tapi faham! Yang kita tak faham, tanyalah. Jangan tak tahu, buat2 tak tahu kemudian sampaikan kat orang lain. Bukan tak boleh membaca, bacalah tapi kalau tak faham, bertanyalah kepada yang faham. Lagipun sekarang banyak artikel dan majalah tentang ilmu2 Islam, banyakanlah membaca dan bertanyalah bagi mengukuh kefahaman kita tentang Islam.
No comments:
Post a Comment