Zaman pramerdeka, sebelum 31 Ogos 1957, terdapat pelbagai perkara
yang wujud, bergerak, dan bertembung dalam satu dinamika yang membentuk
satu arus yang dominan, iaitu arus keluar dari bawah pemerintahan dan
pentadbiran penjajah kolonial British, seterusnya membentuk pentadbiran
negara sendiri.
Antara komponen besar yang menjadi elemen asas dalam dinamika
pembentukan arus itu ialah komponen pemikiran dan rasional akal. Pada
hakikatnya ia adalah pencetus kepada komponen-komponen lain yang
berlegar di sekelilingnya seperti komponen perasaan atau sentimen, dan
juga komponen tindakbalas fizikal atau penentangan yang zahir.
PutRA Al-Kahfi
Sempitnya dunia, luasnya gua.
18 August 2015
07 August 2015
06 August 2015
SAYA CONTENG, SAYA CATAT pasal TPPA
Mahu tidak mahu, isu TPPA ini tidak lari daripada percaturan geopolitik antara
China dan Amerika Syarikat.
Dalam TPPA ada satu peruntukan.
Peruntukan yang dikenali sebagai Investor-State Dispute System (ISDS)
ini membolehkan syarikat asing untuk menyaman kerajaan tempatan melalui
tribunal atau institusi kehakiman antarabangsa tanpa perlu melalui
mahkamah tempatan.
TPPA adalah senjata bahaya terhadap ISLAM!
Jangan lupa pula, tanda tangan petisyen Bantah TPPA di laman www.janganjualnegara.com
SAYA CATAT, SAYA CONTENG
Nota macam...apa benda lah yang budak Zizul Arts ni nak buat.
Ni sebenarnya nota untuk diri sendiri. Macam-macam perkara penting saya catat dalam lukisan.
29 July 2015
WHAT IS TPP AGREEMENT? WHAT DOES IT MEAN FOR NZ?
New Zealand pun ada juga tentangan terhadap TPPA.
#janganjualnegara
TPPA : Terlalu Banyak Risiko dan Keraguan Dalam Perjumpaan Terbaru
Para menteri yang mewakili negara-negara Pacific Rim berkumpul di Hawaii pada minggu ini untuk satu perbincangan yang bakal menentukan kejayaan atau kegagalan perjanjian perdagangan yang bermatlamat untuk membantu meningkatkan perkembangan dan menyelaraskan piawaian ekonomi antara 12 negara terlibat.
Menteri-menteri perdagangan yang hadir dalam perbincangan yang berlangsung dari 28 sehingga 31 Julai di Pulau Maui berharap dapat mencapai kata sepakat dalam menyimpulkan Trans-Pacific Partnership (TPP), sebuah perjanjian yang dikatakan sebagai perjanjian paling meluas dan cukup rahsia pada masa ini, yang juga merupakan satu penanda aras bagi pentadbiran Presiden AS, Barack Obama.
28 July 2015
BANTAH TPPA
Klik gambar ini untuk baca sambungannya.
NAFTA (North American Free Trade Agreement) merupakan perjanjian perdagangan trilateral yang merangkumi 3 buah negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico. Perjanjian tersebut termeterai pada Januari 1994 setelah ditandatangani oleh Bill Clinton, Presiden AS pada ketika itu bersama Presiden Mexico, Carlos Salinas, dan Perdana Menteri Kanada, Jean Chrétien. Secara mudahnya, NAFTA merupakan perjanjian perdagangan yang menghapuskan segala kadar tarif dan kuota ke atas eksport Amerika Syarikat ke Mexico dan Kanada. Perjanjian ini turut merangkumi perlindungan hak harat intelek termasuk paten, tanda dagangan (trademark), dan bahan hak cipta. Bahkan NAFTA turut memperuntukkan mekanisme ISDS dalam salah satu bab perjanjian iaitu bab ke-11 dalam NAFTA.
Namun melihatkan kesan NAFTA setelah 20 tahun berlalu menimbulkan satu persoalan, sama ada mampu atau tidak sesebuah negara membangun seperti Mexico mampu memberi saingan dan mendapat manfaat sebaiknya dalam sebuah perjanjian perdagangan yang turut menampilkan Amerika Syarikat? Atau dengan kata yang lebih mudah negara manakah yang akan mendapat manfaat pada kadar optimum hasil dari mana-mana perjanjian perdagangan walaupun pada hakikatnya mereka terpaksa bersaing pada tahap kemajuan yang berlainan?
Mungkin perbandingan NAFTA dan TPPA bukanlah sesuatu yang relevan untuk dibandingkan secara keseluruhan, melihatkan tujuan utama TPPA adalah bermotifkan kepentingan geopolitik melebihi kepentingan perdagangan seperti yang mahu dicapai melalui NAFTA, namun dengan melakukan sedikit penilaian dan evaluasi ke atas NAFTA mampu memberi gambaran kepada rakyat Malaysia mengenai realiti yang terpaksa kita hadapi sekiranya Malaysia bersetuju untuk menandatangani TPPA. Maka, penting untuk kita lihat apa situasi semasa Mexico pasca NAFTA.
Berikut merupakan hasil evaluasi pasca NAFTA yang dihadapi oleh Mexico setelah 20 tahun berada dalam perjanjian tersebut:
24 July 2015
KOLEKSI KARYA RAMADHAN (SESI 4)
Ni sambungan karya sebelum ini
Boleh kata ini secret ending... Haryani tetap juga dapat membeli juadah iftar yang dimahukannya. Peniaga bazar Ramadhan pun ada ramai lagi. Ada yang sangat baik dan soleh (atau solehah).
Subscribe to:
Posts (Atom)