menindas da’i Islam. Ia dibuat agar sistem pendidikan, media massa dan dan
bidang kewartawanan dikuasai oleh golongan yang kononnya hebat, ilmuan
dan sasterawan. Melalui kuasa media, mereka mempropagandakan ilmu,
sastera, dan retorik ala jahiliah Timur dan Barat. Mereka sadurkan rancangan
mereka melalui berbagai-bagai pertubuhan yang kelihatan pada zahirnya
berbeza-beza.
Pejuang-pejuang muda dan anak-anak singa dididik supaya berlembut dan
tunduk kepada syahwat, mengikut hawa nafsu, karam dalam keseronokan seks dan kemewahan hidup.
Seterusnya mereka padamkan sejarah umat Islam yang bertamadun tinggi.
Mereka hapuskan kisah kisah para ulama’ kerana bimbang ia akan menjadi
lampu penyuluh untuk generasi baru muslim, ditakuti menunjukkan jalan kerja
kepada mereka semula.
Kandungan madah penyair Islam Muhammad Iqbal Rahimahullah
membongkar taktik kotor mereka:
Zaman satu bangsa yang hina
tidak pernah sunyi dari ilmuan, sasterawan dan orang yang arif bijaksana!
Mereka dipecahbelahkan dengan berbagai ideologi
tetapi semua ideologi itu tertumpu kepada satu rencana:
Mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut
dan mereka hapuskan kisah-kisah singa pada bicara zaman silam
Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan.
.......
[Petikan BAB 1, buku Al-Munthalaq tulisan Muhammad Ahmad Ar-Rasyid]
Mesej yang saya dapat
Pada zaman yang umat ISLAM sudah tidak berada di puncak tamadun, keimanan mereka melemah, akhlak merosot, bahkan orang yang masih peduli akan agama pula mengasingkan diri. Terma yang senang cakap: playsafe.
Pendirian kena jelas, kekuatan jiwa menzahirkan keberanian. Ada keberanian, maka sanggup berkorban. Sanggup berkorban samalah dengan berani menghadapi risiko.
Ini ciri Mukmin yang "manly", atau jantan, bahasa modennya maskulin.
Jika anda mengikuti usrah, tetapi asyik playsafe...seperti dalam isu Kalimah suci Allah yang mahu disalah guna dalam Bible...maka anda tidak manly.
Jika anda fikir asyik mahu menjaga hati orang kafir...Itu bukan dakwah namanya, itu mengampu.
Okey...Ini petikan coretan pengkaji Sejarah tentang Octoberfest.
Tulisan penuh di sini.
Srikandi pelik melihat sesetengah orang yang mengaku Islam dan mak bapak dia Islam menyokong malah mempertahankan pesta arak Oktoberfest itu.
Dia tidak tahu ke dosa arak ni memang celaka.
Celakanya dosa arak ni sebab ia akan kait-mengait kepada orang-orang yang terlibat dengannya.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik dari baginda Rasulullah s.a.w,di sana ada 10 orang yang dikutuk Allah swt berkaitan arak.
Wah,tiket neraka sekarang banyak murah,you tak takut ke?
Srikandi menasihatkan kamu semua anak-anak Melayu yang mengaku umat Nabi s.a.w supaya menjauhkan diri dari musibat ini.Jika ada organisasi yang membantah penganjuran pesta arak ini sokonglah...kalau kamu tak mampu,malas atau bodoh,tidak mengapa tetapi jangan halang usaha orang lain untuk mencegah musibat arak ini.
No comments:
Post a Comment