“Stakeholder utama Akta Hasutan ialah Duli-duli Raja-raja Melayu/Majlis Raja-raja. Perkenan MRR inilah yang paling penting dalam isu yang didesak oleh golongan Pro-Negara Republik (atau KUMAN) - jangan panggil kumpulan “Negara-Ku” (ini suatu pencemaran istilah). A. Karim Omar
KOMENTAR
Perkara ini ada kaitan dengan AKTA HASUTAN. Apa kaitan AKTA HASUTAN dengan KEBEBASAN BERSUARA?
Menurut beberapa peguam yang liberal dalam Bar Council/Majlis Peguam...Akta Hasutan adalah penghalang kepada kebebasan bersuara. Namun peguam yang tak berapa bijak ini seperti amnesia, bahawa di negara lain juga terdapat Akta Hasutan. Bahkan lebih keras lagi. Dan antara negara yang mempunyai AKTA HASUTAN adalah negara yang menjadi kiblat pejuang liberal, AMERIKA SYARIKAT.
Dan sebenarnya slogan KEBEBASAN SUARA tu hanya terpakai kepada mereka sahaja. Sedang kita orang yang celik mata hati, cakna dengan rancangan mereka, masih ada iman pastinya juga berhak untuk menggunakan kad/slogan FREEDOM OF SPEECH untuk membalas kembali hujah songsang mereka.
Itu idea pada komik kali ni.
Senjata makan tuan. Kita juga boleh guna kad perangkap Freedom of Speech untuk menelanjangkan sifat hipokrit mereka yang sebenarnya Islamofobik.
Dari sedutan video PEWARIS BANGSA terbitan ISMA TV...
Timbalan Presiden ISMA, Haji Aminuddin Yahaya berkata:
Yang hairannya, orang bercakap menghentam kita boleh. Tetapi bila kita berkata mempertahankan agama kita, mempertahankan bangsa kita, orang kata kita rasis, orang kata kita ekstremis”. Bagi saya lah, semua kenyataan-kenyataan ini, slogan-slogan seperti “rasis”, “ekstremis” hanya lah satu slogan yang sengaja dibuat.
IRONI
Golongan yang kuat mempromosi MANSUH AKTA HASUTAN pula yang mendakwa Presiden ISMA di bawah AKTA HASUTAN.
No comments:
Post a Comment