17 October 2013

HIMMAH

Dipetik daripada buku tulisan Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman merangkap Presiden ISMA yang bertajuk: PERINGATAN BUAT HATI YANG LALAI.




"Perkataan HIMMAH digunakan untuk membayangkan maksud kehendak untuk mencapai sesuatu objektif yang tertentu. Manusia secar psikologinya sentiasa mengkehendaki sesuatu yang baru. Citarasa dan kehendak yang sentiasa berubah dan baru adalah sifat normal bagi setiap insan. Sebaliknya jika seseorang itu tidak memperbaharui keinginannya atau tidak ada keinginan, dia dianggap bermasalah dan dia mungkin menghadapi penyakit kemurungan." (muka surat 23)


...."Pendakwah hendaklah seorang yang memiliki himmah yang tinggi kerana mereka adalah orang yang menyematkan dalam diri mereka cita-cita untuk merealisasikan matlamat yang tinggi seperti menegakkan kalimah Allah, mengembalikan kehidupan Islam dalam masyarakat, menegakkan khilafah atas manhaj kenabian dan di sebalik itu semua, mereka inginkan keredaan Allah yang Maha Tinggi. Mereka tidak lemah dengan apa-apa halangan bahkan sentiasa bersiap sedia menghadapi cabaran. Adapun mereka yang mendakwa diri mereka "pendakwah" sedang cita-cita mereka tidak lebih dari sekadar menikmati kesenangan sementara, jauh sekali mereka itu dari ciri pendakwah yang sebenar."
(muka surat 24-25).


Dari petikan tulisan tadi, jelaslah bahawa CITA-CITA yang tinggi mesti dimiliki oleh PENDAKWAH (dan PEMIMPIN), dan bersama HIMMAH yang tinggi datang pula HALANGAN yang hebat.

HIMMAH 2.0

Pada hari Sabtu nanti (19 Oktober 2013), akan diadakan program HIMPUNAN MAHASISWA atau dipendekkan kepada HIMMAH. Khas untuk ahli PEMBINA. Maklumat program ada di gambar yang saya edit dengan pramatangnya.




KENAPA HIMMAH?
 Pada waktu sekarang ni, mahasiswa sama ada terikut dengan idealogi dan arus politik yang melemaskan, atau menjadi lesu, bisu, hedonis dan tidak ambil peduli dengan keadaan sekitarnya.
Ditambah pula dengan liberalisme dalam beragama, fenomena ini amat menakutkan.

Jadi HIMMAH ada untuk mengajak para belia (mahasiswa istimewanya) untuk menentukan sendiri hala tuju mereka dalam aktivisme dan kepimpinan.

Yang selayaknya memimpin, dah tentulah belia yang ada HIMMAH yang tinggi (rujuk petikan di atas sekali).

Di akhir kata, ada sedikit video daripada program HIMMAH tahun lepas.


No comments: