Prolog suram untuk satu kisah panjang perjuangan menegakkan Islam. Itu yang dimulakan dalam BAB 1 buku Al-Muntahalaq karangan Syeikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid. Bahan usrah yang tidak mudah untuk dihadam. Dek gaya bahasa yang tinggi itulah, kami kena membaca dengan berhati-hati. Tidak boleh lagi sepintas lalu.
Atas inisiatif sendiri, saya mengkomikkan beberapa input yang saya boleh paparkan dalam medium komik ini. Ini baru bahagian satu, ya. Menceritakan hakikat keabsahan pemuda-pemudi yang telah dimandulkan daripada gerak kerja dakwah.
Bidang amal dan jihad sudah tentulah akan menjadi bidang yang sukar dan penuh risiko. Salah satu sebabnya, perancangan licik musuh yang mengambil modus operandi Firaun dahulu.
Jadi, baca sahajalah Bahagian 1: GENERASI YANG TERPEDAYA!
No comments:
Post a Comment