25 September 2012

Kembali merangkak

Melukis...adalah kerja yang saya suka, yang saya minat....Namun untuk membukukan lukisan itu...kerja dengan pengalaman 0% pada saya. Jadi untuk tidak kekal merangkak rangkak, saya buatlah satu fail pdf ni sebagai satu eksperimen dengan Adobe Indesign CS5. Photoshop itu, saya dah biasa (bukan mahir), Indesign...Sungguh menakutkan. Tapi itulah software yang saya mahu cuba untuk buat e-buku.

Ye lah, buat komik...upload di blog...sampai bila nak kekal macam tu. Lebih baik saya compile, dan buat digital publishing. Sasaran saya ialah pada kisah Mayang Mengurai...Tengok gambar bawah.

Oh, dan ini hasil eksperimen saya. Saya guna komik ini untuk percubaan sahaja...Amaran! Tak sesuai untuk orang tua yang kolot!

1 comment:

mfrstudio said...

kalau publish komik dalam bentuk pdf itu diertikan digital publishing, maka saya tak guna pun software indesign untuk hasilkannya.

cukup saya insert semua komik dalam jpeg ke word dan save as pdf-siap.kalau takde "save as pdf" dalam word, boleh search plug in free "save as pdf in word plug in" kat internet. kemudian dah save pdf, letak kat mediafire untuk orang donlod.

mudah saja sebenarnya.