03 September 2012

HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!!

Pesilat orang putih ni sedang memegang pedang jenawi. Kita sangkakan Melayu ini 
senjatanya cuma keris semata-mata. Anda silap sama sekali. Anda dan saya sudah silap banyak kali.

Baiklah, ini adalah celoteh saya. Bila dimaksudkan dengan celoteh, maknanya adalah satu dua hujah yang mungkin terkeluar tajuk. Dan tajuk di atas pun memang saya tulis agar dia boleh terkeluar tajuk (dan berbaur propaganda).... Baik, apa ya?


Jika terdengar ucapan (baca tajuk di atas) ini di kaca televisyen, kita 100% percaya ucapan begitu dari UMNO.  Ya, anda betul. Namun apa persepsinya apabila mendengarkan benda alah itu dari UMNO? 
"Cis, Melayu." 
"Lebih baik Melayu hancur daripada hancur agama."
"erk...."

Betul, saya tidak nafikan tiada apa yang boleh dibanggakan dengan orang Melayu
Merempit, membohjan, membohsia, KL Gangster, dadah, dan beberapa senarai panjang barah sosial lain. Semua itu adalah petanda hilang jati diri, bukan kerana budaya Melayu dan amalan agama. Macamlah bangsa lain itu baik-baik sahaja.
Kemudian, anda simpulkan pula Melayu itu UMNO. Ia adalah satu statement yang dangkal.
Saya tegaskan, UMNO bukan warisan Kesultanan Melayu Melaka mahu pun Johor-Riau. UMNO dapat kuasa politik daripada British, senang kata UMNO adalah warisan British setelah mereka meninggalkan kawasan kolonial ini.

Maka, songkok bukan asal dari UMNO. Sate, ketupat, rendang pun bukan dari UMNO. Pantun, gurindam, syair apatah lagi corak awan larat tidak berindukkan UMNO. Semua itu telah terbentuk lama dahulu, jauh sebelum Kesulatanan Melaka ditubuhkan. Dan berabad lamanya sebelum UMNO ada untuk menentang Malayan Union.
Tanjak? Siapa yang pakai sekarang? Raja Melayu...dan raja sehari (pengantin baru).
Baik, kembali ke titik mula, atau back to square one (Bahasa Inggeris yang diagungkan orang KL yang merasakan berbahasa Melayu akan menjadikan dia bodoh). Merempit bukanlah nilai Melayu, apatah lagi nilai Islam. Merempit itu tandanya nilai jiwa yang kosong...kosong...oohhh...
Tanda nilai jiwa yang kosong itu bertambah parah berdarah dengan kejadian buta sejarah. Ewah, sempat saya bersilat kata, ya.

Baik mat rempit, mahu pun pemimpin politik di kedua belah pihak (UMNO dan PAS), kerana buta sejarahlah bangsa Melayu rasa inferior dan terhina di kalangan bangsa lain. Yes, kita masuk bab sejarah. Walau pun bangsa ini tidak terkenal dengan strategi perangnya, namun bangsa yang ini ada rekod perang yang cemerlang dengan kerajaan Siam Ayuthia (nota: kerajaan Siam dan Thai adalah berlainan, Siam= empayar Ayuthia, Thai= Sukhotai). Kerajaan Melayu Melaka menang berperang dengan Siam. Hasil keberanian askarnya, kebijaksanaan Bendahara Paduka Raja Tun Perak adalah rumus kepada kemenangan kerajaan Melaka. Bangsa Melayu ini bangsa yang berdagang, bangsa pelayar dikenal orang.

Panglima Awang atau Henry the Black itu diangkat jadi pembantu Ferdinand Magellan kerana ilmunya dalam pelayaran. Tahukah anda, bahawa bangsa Melayu dikenali juga sebagai Viking of the East, dek kerana handalnya mereka dalam perkapalan dan pelayaran? Mereka boleh belayar tanpa kompas, mengenal arah angin, membezakan warna air laut ketika berada di laut terbuka, dan ketika menghampiri daratan, tahu jarak pulau dengan mengenal tanda burung berterbangan di permukaan air.

Oh, banyak lagi perkara yang kita belum ketahui daripada bangsa sendiri. Bangsa misteri. Untuk contoh yang lebih komersial, lihatlah filem "Hikayat Merong Mahawangsa" dari KRU Studio. Kapal yang digunakan Merong Mahawangsa itu kecil sahaja, sampai orang Rom rasa sangsi: adakah mereka selamat belayar dengan kapal kecil begitu? Tapi Merong Mahawangsa berjaya membuktikannya.

Buat apalah saya bercerita tentang sejarah, tidak lain untuk mengajak (bukan mengajar) anda yang bijak-bijak belaka ini untuk ketahui kisah silam bangsa misteri ini untuk survival kita dan generasi seterusnya. Dengan celik sejarah dan jati diri yang teguh, memungkinkan orang Palestin bertahan di sana, walau pun bumi mereka sedang diratah serigala Zionis.

Dan fahamilah, kata-kata Hang Tuah, " Takkan Melayu hilang di dunia" itu bukanlah boleh ditelan sebiji-sebiji begitu. Melayu inikan orangnya berkias-kias. Warisan kesenian, keindahan da pemikiran Melayu itu yang kekal lama tidak ditelan zaman. Dan berbahasa Barat lagilah saya, "Don't take that sentence too literally. You have to figure it out." Saya kasihan dengan rakan Facebook yang merasakan kalimat Hang Tuah itu macam badi orang Melayu, setelah merasa malu menjadi Melayu.

Oh belum habis lagi. Dari aspek berkomik, masih sedikit amat komik yang dekat dengan budaya kita. Apa pun, usaha itu ada. Azhar Abdullah, Presiden PEKOMIK ada menghasilkan dua komik yang mengangkat keindahan silat dan nilai murni Melayu Islam itu. Dan itu yang saya tunggu daripada pelukis muda yang saya lihat di FB, bila mereka nak hasilkan karakter yang dekat dengan budaya di Malaysia agaknya. Saya? sedang berkira-kira untuk ke arah itu. Lihat di bawah ini. Duhai si MAYANG MENGURAI (tajuk dalam cadangan).
Yeap, tapi masih ada watak Jepun...Amaterasu (kononnya Dewi Matahari yang beribu bapakan Izanagi dan Izanami). Sebab sejarah ada kaitkan orang Jepun (bangsa Yamato) dengan Melayu. Bukti arkeologi tentang penemuan keris purba di bawah lautan Okinawa memang memeranjatkan. Lagi pula, ada dijumpai puak lama Jepun yang sebutan katanya mirip Bahasa Melayu seperti "batu", dan "air".

Baiklah, sekadar ini sahaja celoteh saya. Memang terkeluar tajuk. Maka, sila jangan malu mengaku Melayu. Ia dah ada dalam darah daging anda. Jika malu mengaku Melayu, buat apa berbahasa Melayu? Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian bayar cukai pendapatan (gurau lah...hahaha)

No comments: