05 May 2012

Bahasa Melayu dalam Iklan! Mari kita berusaha!

Dalam gambar yang saya ambil di hadapan Pusat Komputer 0101 (di bahagian belakang Sompo Megamall, Kuantan), anda nampak iklan Avira? Iklan Bahasa Melayu!!

Kemudian timbul berita GLC (Syarikat berkaitan kerajaan) digesa supaya memperbanyak iklan mereka dalam Bahasa Melayu. Namun jangan pula kita lihat nanti iklan arak Heineken, Guinness dalam Bahasa Melayu berleluasa sewenangnya. Realiti yang menyedihkan, iklan minuman keras memang meluas di Sabah.

Apa pun, daulatkan Bahasa Melayu, giatkan penggunaannya. Jika sebaliknya, malulah kita pada peserta Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu yang datang dari Jepun, Korea, Rusia, dan negara lain...

No comments: