Assalamualaikum, semua pembaca yang saya doakan terpelihara iman dan sentiasa dilimpahi rahmat Allah. Untuk menutup tirai bulan Mei, maka saya nukilkan kisah sendiri dan cuba muhasabah kembali daripada kisah tersebut. Kawan-kawan alam maya yang melayari Facebook pasti tahu saya dah bertugas menjadi guru ganti di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Putih, atau singkatannya SMKAP di Kuantan.
31 May 2012
17 May 2012
PROMOSI buku: LEDAKAN FACEBOOK ANTARA DOSA DAN PAHALA
PETIKAN KATA PENDAHULUAN OLEH PENULIS:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad pesuruh Allah, juga doa buat seluruh sahabat beliau dan generasi yang menuruti petunjuknya sehingga hari kiamat.
Buku ini mengajak pembaca dan khususnya pengguna laman sosial paling berpengaruh di dunia iaitu Facebook bagi mengaudit dan muhasabah tatacara penggunaannya.

12 May 2012
Komik Sempoi 3: Zizularts (Mad'uu)
Saya pernah guna alasan ni dulu pada putra-alkahfi, tatkala saya jenis mengelat tak bawa duit untuk bayar makanan (kadang-kadang). Apa pun, naqib kena sabar banyak-banyak...Komik ini memang untuk orang yang ikut usrah sahaja yang faham. Mereka yang di luar lingkaran ni, bolehlah tanya pada orang yang arif.
05 May 2012
Ulasan Filem The Avengers (dalam Bahasa Melayu)
Captain, kita pergi pekena teh tarik dulu, naa?
Bahasa Melayu dalam Iklan! Mari kita berusaha!
Dalam gambar yang saya ambil di hadapan Pusat Komputer 0101 (di bahagian belakang Sompo Megamall, Kuantan), anda nampak iklan Avira? Iklan Bahasa Melayu!!
Kemudian timbul berita GLC (Syarikat berkaitan kerajaan) digesa supaya memperbanyak iklan mereka dalam Bahasa Melayu. Namun jangan pula kita lihat nanti iklan arak Heineken, Guinness dalam Bahasa Melayu berleluasa sewenangnya. Realiti yang menyedihkan, iklan minuman keras memang meluas di Sabah.
Apa pun, daulatkan Bahasa Melayu, giatkan penggunaannya. Jika sebaliknya, malulah kita pada peserta Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu yang datang dari Jepun, Korea, Rusia, dan negara lain...

01 May 2012
Komik Sempoi 2 : ZIZULArts
Maka sekali lagi, zizularts telah menghasilkan komik strip yang cincai bukan main!! Semua ini adalah bersebab. Dahulu, jika mahu meletakkan teks dan belon dialog, saya gunakan Microsoft Publisher 2007. Kemudian, saya mengambil langkah bereksperimen dengan software Comic Life. Dan zizularts merendah diri untuk mengajak anda meluangkan masa membacanya. Sekejap sahaja...
Subscribe to:
Posts (Atom)