19 July 2012

PASCA KETUPAT CINTA

Tahun 2010....Saya menemui laman sesawang peribadi penulis yang terkenal dengan cerpennya yang manis...KERANA MANISNYA EPAL. Dia itu Dr. Faisal Tehrani. Dan dengan rasa mengakguminya, saya membeli novel Ketupat Cinta, seterusnya novel Maaf dari Sorga, Kombat 1511H, Bahlut, dan Detektif Indigo. Daripada senarai novel itu, satu tajuknya yang menerbitkan kontroversi, bikin hangat bak kata pengacara Melodi.

KEtupaT Cinta
Novel ini memang unik, ada kisah makanan dan satira politik tahun 2008-2009. Namun sampai ke bab 5, dan bab seterusnya saya dikejutkan dengan baur-baur syiah, atas alasan mencintai Ahlul Bait, dan kutukan kepada Ibnu Taimiyyah. Sungguh, novel itu walau sesedap rasa membacanya, ia membawa saya pada dilema berterusan selama berbulan-bulan. Tambah lagi dengan tulisannya di blog...Aduh, keliru...Namun saya tidak sia-siakan isi baik dari novel itu...dan terciptalah komik saya pasal dodol (klik pada kalimah yang diboldkan tu) DODOL DENGAN MUHIBAH  


Berbulan lamanya saya rasa berat dengan isu Syiah dan Sunni ini. Kemudian, saya mendapat pencerahan dari beberapa artikel oleh saifulislam.com. Tapi saya tunjuk satu sahaja di sini...(Mencari sokongan sejarah Terhadap Kesudahan Sunni dan Syiah). Kemudian barulah rasa berat di hati terangkat, steadily and whole.
Ya Allah, berdosa sungguh saya membiarkan diri ini tenggelam dalam kekeliruan. Kini saya boleh faham sedikit, bagaimana masalah mazhab politik yang berbeza berlarutan sampai ke akidah. Bila waktu ulama Ahlus Sunnag wal Jamaah membenci keluarga Nabi? Bila masakah Ibnu Taimiyyah kata beliau membenci keluarga Nabi? Bila masa pula Imam Syafie jadi Syiah Rafidhie? Kenapa disempitkan Ahlul-Bait itu kepada Rasulullah, Siti Fatimah, Ali, Hasan dan Husein serta zuriat mereka? Anak Rasulullah yang lan tidak masuk korum kah? Isteri baginda yang lain bagaimana? Abdullah bin Saba' itu siapa? Khayalan sahaja? Dan bila pula Syiah yang konon bermazhab Ahlul Bait ini benar-benar mempertahankan Ahlul Bait? Kenapa mereka tinggalkan salah seorang Imam keturunan Rasulullah yang menegur mereka yang mencaci para sahabat?

Diubah suai dari buku "Kenapa Aku tinggalkan Syiah", dialog ini ditujukan kepada puak yang bertaqiyyah ini:
"Siapa yang paling baik di kalangan pengikut Nabi Musa"
 "Sahabatnya"

"Siapa yang paling baik di kalangan pengikut Nabi Isa?"
"Al-Hawariyyun (sahabat Nabi Isa)"

"Siapa yang paling jahat di kalangan pengikut Nabi Muhammad?"
"Sahabatnya"

 Perempuan Nan Bercinta
Tajuk novel ini keluar baru-baru ini. Dahulu, tulisan Faisal Tehrani yang dinamakan "Sebongkah Batu di Kuala Berang" terbitan PTS telah diharamkan. Kali ini, dikeluarkan lagi sebagai sekuel Tuhan Manusia. Dalam ceritanya hendak mengalahkan golongan liberalis, Faisal Tehrani menyenaraikan Syiah sebagai solusi untuk permasalahan agama lewat masa ini....Erghh, tolonglah.

Tuan-tuan, gunakan search engine di komputer anda dan taip "Perempuan Nan Bercinta". Kali ni buatlah research untuk dapatkan review buku itu. Saya berlepas diri daripada masuk dalam lumpur yang sama...Lumpur kekeliruan. Sebagai mana saya tidak mahu bermestautin di Kuala Lumpur..penuh lumpur dan noda (tiada kaitan).

Kisah akhir
Dalam mencari pencerahan ini, saya bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk komuniti pembaca novel dihidangkan kisah yang ada tema berat, berbanding novel cinta yang lari daripada realiti. Dan macam yang saya buat dalam komik ini, saya sudah tidak lagi mahu membuat komik berkisar pada tudung, jubah, kopiah (walaupun tema komik saya masih lagi tidak berat). Sayang sekali seorang sasterawan yang ada trademark yang bagus boleh mempromosi label Syiah ini kepada semua. Jika mahu juga membaca novelnya, cari tajuk yang tiada unsur Syiah..seperti Kerana Manisnya Epal (itu cerpen), Bedar Sukma Bisu, Bahlut, Maaf dari Sorga, atau pun Detektif Indigo (ini novel kanak-kanak).

Anda boleh kagumi Albert Einstein atas kepintarannya mencipta Teori Relativiti dan formula e=mc square, tapi anda tidak boleh reda dengan akidahnya.

Kagumlah dengan Bill Gates sebab jadi orang terkaya di dunia dengan menjual komputer, tapi sama sekali tidak akui pegangan agama bahkan pegangan hidupnya.

Anda boleh kagum dengan Ahmadinejad atas kezuhudannya, namun sama sekali jangan akui mazhab Syiahnya. Lebih baik anda kagum pada Ismail Haniyye, Perdana Menteri Palestin yang merangkap orang kuat Hamas (dia juga zuhud dan tawaduk) , atau Dr. Morsi Presiden baru Mesir. Dengan revolusi Mesir, kita dah boleh tolak Revolusi Iran sebagai Revolusi Islam.

Di akhir kata, saya tidak mahu meletak apa-apa gambar di sini. Berlatih untuk membaca sahaja.

1 comment:

ukhti_mujahadah said...

Ades.. cikgu memang tak letak gambaq langsung noh untuk entri ini. takpa

#baik.saya sedang berlatih untuk membaca sahaja.. (==')

*sayang seribu kali sayang. Penuliasn Faisal Tehrani best sebab gaya penulisannya yang menarik.

Tapi bila mai tentang isu syiah itu adoih habis spoil nak baca karya dia..

Risau gila dekat sapa2 yg taktau tetiba terus pilih untuk ikut syiah.. Nauzubillah..

YA RAbb.. Jangan izinkan itu berlaku!!!

*mengenal isu syiah masa tingkat 4 sebab ada sahabat dari kalangan itu T_T