11 April 2011

CERITA KEDAI KOPI



Masing-masing ada masalah sendiri
masalah dunia masalah peribadi
luahkan jangan simpan dalam hati
boleh cerita di kedai kopi.


Cerita kedai kopi,
cerita kedai kopi,
Tiada hakim tiada saksi,
Cerita sensasi di kedai kopi.


(Malique, cerita kedai kopi)



Saya tak main kedai kopi, maka mari pergi ke outlets yang lebih umum. Kedai makan.
Perbincangan hebat sebenarnya berlaku di tempat yang ringkas. Tapi kedai kopi mana ada Lembaga Penapisan Mulut, yang macam berperanan Lembaga Penapisan Filem. Tiada hakim tiada saksi, maknanya tiada siapa yang dipaksa bersetuju dan menolak bulat-bulat butir bicara di kedai kopi. Jadi bagaimana debat parlimen diadakan di kedai makan/ kedai kopi?

Saya menikmati kopi, dan saya menggemari teh. Tiada masalah, kerana sekarang saya berpantang dengan air sejuk (dibubuhnya ais dalam gelas).
Apa pun, daripada mengumpat bergosip sok-sek sok-sek, jom berusrah di kedai kopi. Sekali-sekala.Setiap butir bicara menambah pahala. Moga ilmu dan pengetahuan kita terpakai untuk tapis sendiri isu-isu sekarang. Dengan kes video Datuk Seri Anwar Ibrahim, kes Sabrani, kes pegawai kastam disyaki mati bunuh diri, isu Pilihan raya di Sarawak. Kes PKFZ, isu enjin jet hilang, kapal selam tak boleh menyelam yang lepas-lepas itu pun masih lagi tidak selesai lagi.

Sudah sudahlah nak berebut jadi jaguh isu. Fikiran kita tidak patut ditentukan media. Kita boleh fikir sendiri lah.

Oh, Malique kena buat versi lain lagu ni. Cadangan tajuk: Berliqa' di kedai kopi. Berliqa' di kedai kopi. Terbukalah, sini bukan Mesir, nak usrah underground.
Kopi O', baunya menusuk hidung....Panas dan menyenangkan tekak. Alhamdulillah.

No comments: