20 March 2011

Air....


Esok 22 Mac 2011, adalah hari air sedunia. Sumber penting yang orang kita ambil secara semberono sahaja. Satu sumber yang kita "take for granted". Yalah, Malaysia ini negara yang banyak air, hujan banyak, sungai berlambak... Tapi apalah gunanya banyak air jika air banyak yang tercemar. Kita mesti tidak mahukan sungai, kolam dan tasik ada kualiti air seteruk Sungai Klang.

Duhai, bila ada manusia beriman alam pun akan aman. Tapi tidak, orang Islam sekarang ikut mentaliti Imperialis. Mana tidak, ditarahnya alam seolah bumi ini tidak akan kehabisan sumber.
Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia adalah sebahagian daripada kaum itu, mungkin ada yang menghadam terjemahan hadis ini. Dalam penggunaan sumber, kita tidak Islamik di situ. Sebab "take it for granted" yang disebut awal tulisan ini.

Saya menulis ini sejak terdengarnya khutbah Jumaat lepas berkenaan air. Air itu sumber yang dihargai dalam Islam. Kita mandi junub dengan air, kita berwuduk dengan air, dan kita bersuci dengan air. Saya hanya boleh menimbulkan hal ini, agar kalian "tahu". Seterusnya, "mahu" dan peringkat "mampu" itu kalian usahakan sendiri.

No comments: