19 February 2011

Jangan Main Sapu aje!!

(Azizul copy dan paste artikel ini dari herbalis Bahrain, nama orang ye bukan nama negara)
Maka dalam artikel ini perkataan saya tak merujuk kepada putra-alkahfi mahupun zizularts, tapi penulis asal ni)...
Suatu ketika dulu saya memang suka makan Yong Tofu. Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan semua lazat belaka. Maklumlah ia diperbuat dari tepung atau kanji yang ditambah dengan pelbagai jenis haiwan termasuk ikan, daging lembu, ayam, udang, ketam dan sotong.


Sesetengah bebola atau kepingan Yong tofu mungkin tidak menggunakan bahan yang ori. Sebaliknya, perisa digunakan. Kalau udang perisa udang digunakan. Begitu juga ayam, daging lembu dan lain-lain.
Kita selalu lupa terdapat sejenis haiwan yang digunakan untuk membuat bahan Yong Tofu iaitu babi. Otak kita yang lurus ini selalu fikir hanya haiwan-haiwan yang biasa dimakan oleh orang Islam sahaja. Satu lagi ialah plasma darah. Ia merupakan bahan dari bendalir yang mengandungi darah tetapi sel-sel darah merah telah diasingkan.

Kalau orang Islam jual tentulah mereka jual makanan yang biasa dimakan oleh orang Melayu. Tak akan dia orang jual produk yang mengandungi babi, produk babi atau pun yang mengandungi plasma darah.
Itulah punca kita makan main tala je.

Seperti saya katakan, suatu ketika dulu saya memang suka makan Yong Tofu. Walau bagaimana pun saya tidak lagi membeli dan memakannya kerana saya merasa ragu. Biarlah yang jual Yong Tofu tu bertudung ke, berserban ke. Mintak maaf. Saya tak akan terliur. Sebaliknya saya merasa geli.
Esok, kalau anda pergi ke pasar malam anda singgahlah di gerai orang Melayu yang jual Yong Tofu. Anda teliti satu-satu bahan-bahan Yong Tofu iaitu bebola dan pelbagai jenis kepingan diperbuat dari tepung.kanji. Mungkin hati anda tidak pernah terdetik untuk berprasangka atau merasa ragu.

Cuba anda tanya dari mana penjual Yong Tofu mendapat bekalan bahan-bahan Yong Tofu. Mereka mungkin akan jawap atau mungkin mereka mengelak dari menjawap. Jika mereka tidak ikhlas mereka akan jawap, “Saya orang Islam, bang. Dah tentu saya beli dari pengilang-pengilang yang berstatus halal.”
Habislah kalau dia orang jawap macam tu.

Saya ragu-ragu secara pada keseluruhan bahan-bahan Yong Tofu yang dijual oleh orang Melayu di mana-mana pun. Saya tidak mengajak sesiapa pun untuk merasa ragu seperti sikap saya. Walalu bagaimana pun, sikap main bedal daje, boleh meruntuhkan kerohanian. Kalau yang dah memang runtuh tu serta hidup semua main bedal, kita berdoa supaya Allah beri hidayah, buka hati mereka ke jalan yang lurus.

Suatu ketika dulu saya dan keluarga pernah masuk kesebuah restoren di salah sebuah hotel di puncak Genting untuk mengambil sarapan pagi. Mereka menghidangkan hidangan standard iaitu nasi lemak dan ayam goreng. Saya bertanya kepada pelayan berbangsa Melayu samada ayam tersebut disembelih atau tidak. Jawapan beliau ialah kalau bahan-bahan yang dihidangkan tidak halal beliau tidak akan bekerja di situ.

Habislah sebab dia dah jawap macam tu.
Anda pergi ke pasar-pasar besar dan anda perhatikan di bahagian makanan sejuk beku. Jangan setakat sejenis pasar besar tetapi beberapa jenis dan setiap jenis pula lawat beberapa tempat yang berbeza. Anda perhatikan ada ke tidak bahan-bahan Yong Tofu yang dijual oleh kakak bertudung dijual di sana?

Alang kan makanan berstatus halal suatu hari tiba-tiba terdapat berita riuh rendah menyatakan pihak JAKIM menarik balik sijil halal dari syarikat sekian-sekian. Terbaru ialah penarikan balik sijil halal dari sebuah syarikat dikenali sebagai QBB yang membekal minyak sapi. Adalah hal tu yang menyebabkan JAKIM tarik balik sijil.
Malam Ahad baru-baru ni saya ke Mydin Subang Jaya. Secara kebetulan saya ke seksyen yang terdapat pelbagai jenama minyak sapi. Setelah memilih minyak sapi pilihan saya, saya bertanya kepada seorang petugas di situ mengenai produk minyak sapi keluaran/edaran QBB (kalau tak silap pada label ditulis QBE). Petugas tersebut kata semua minyak sapi edaran syarikat tersebut telah diambil semula oleh pengedar pada sebelah pagi.

Nah.
Harap-harap QBB tarik balik semua produk dari semua jenis kedai seluruh Malaysia. Kalau tidak, nak makan nasi beriyani di mana-mana kedai mamak pun saya akan ragu-ragu.

Orang kita ni mempunyai tekak yang sejagat. Orang lain perkenalkan, kita makan. Makan barat kita sapu. Makanan Mexican kita sapu. Makanan Cina kita sapu. Suka tidak suka cerita lain. Inilah punca kita bujur lalu melintang patah terhadap makanan. Semua kita sapu.

Sapu punya sapu kita tidak mahu ambil peduli mengenai status makanan yang dijual. Orang makan di hotel kita pun makan. Sampai ada yang sanggup apabila nak makan omelet yang dielakkan ialah hirisan daging babi sahaja. Yang lain dia sapu. Waktu dinner yang dibelanja oleh syarikat kita sapu masakan dari Chinese kitchen.
Ragu-ragu tidak apatah lagi resa geli. Semua sapu.

Berita-berita terkini mengenai status kehalalan hotel-hotel tertentu jangan diremehkan. Setiap hotel besar mempunyai dapur-dapur yang berbeza. Dengar-dengarnya JAKIM memberi status halal pada dapur-dapur tertentu. Tak kanlah JAKIM memberi sijil halal kepada Chinese kitchen yang menyediakan makanan rata-rata menggunakan daging babi, broth tulang babi atau sekurang-kurangnya broth tulang ayam (disembelih orang Islam?).

Sebelum saya terlupa. Kepada yang ketagih sangat makan shark fin soup tu. Shark fin tidak sesedap mana kalau ia tidak disediakan dengan broth tulang babi! Bukan saya yang cakap. Saya dengar dari mulut orang Tiong Hua suatu ketika dulu.
Fikir dulu sebelum main sapu je.

Bahrain, RH (AHG)
SEMBANG-SEMBANG HERBA
www.sembangherba.blogspot.com

No comments: