23 February 2010

CERAMAH PALESTIN DI MASJID HIDAYAH SKUDAI, JOHOR BHARU






Baru-baru ini saya sukarelawan Aman Palestin Berhad Johor berceramah di Masjid Hidayah, Skudai, Johor Bharu. Walaupun pada awalnya kami agak keliru lokasi masjidnya, alhamdulilah dapat juga kami sampai pada tempat yang dijanjikan. Saya turut di bantu rakan-rakan dari Aman Palestin Berhad.

Di sini saya bukanlah ingin bercerita panjang mengenai pengalaman tetapi isu-isu Palestin yang saya nak kongsi. Kenapa isu Palestin? Kenapa setiap kali bicara, isu Palestin harus diberi tumpuan?

Kenapa isu Palestin mesti kita perjuankan?

Isu Palestin bukanlah isu Tok Syeikh Arab mahupun orang yang tinggal di Palestin, isu ini ialah isu MARUAH ORANG ISLAM. Sering kita dengar firman Allah “Inna mal mukminunal ikhwah…(ila akhr ayah)” keluar dari mulut penceramah, fahamkah kita mengenai ayat Allah ini?

Apakah yang menghubungkan kita sesama muslim? Ikatan adik beradik, ibu-anak, guru-anak murid, majikan-pekerja? Hubungan kita bukanlah atas dasar ‘tali-tali’ tadi yang tidak kekal sama sekali. Tapi hubungan sesama Islam adalah ikatan aqidi(atas dasar akidah). Yang mendasarinya adalah keimanan kepada Allah!


Sebab itu juga, bila mana saudara kita ditindas kita patut merasainya. Jenayah yang dilakukan rejim Yahudi zionis di Palestin ini turut mencalarkan maruah orang Islam. Kita perlu sedar kenapa kita perlu perjuang kerana:

1. Kiblat pertama umat Islam

(Semenjak solat diwajibkan sehingga sebelum ayat 150 dalam Surah Al-Baqarah turun)

2. Negeri Isra’ dan Mi’raj

(Allah s.w.t. telah memilih Palestin destinasi terakhir perjalan Isra’ dan permulaan Mi’raj ke langit)

3. Kota Besar Islam Ketiga

(Dari Abu Hurairah dan Abu Said Al-Khudri, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud “Janganlah kamu bersusah payah untuk bermusafir kecuali menuju 3 masjid: Masjid Al-Haram, Masjidku ini(Masjid Nabawi) dan Masjid Al-Aqsa.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim))

4. Negeri Kenabian dan Keberkatan

(Nabi Ibrahim, Nbi Ishaq, Nabi Ismail, Nabi Yaakub, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Daud, Nabi sulaiman dan lain-lain lagi, sebahagian mereka lahir dan dibesarkan, ada sebahagian lagi yang di makam di Palestin)

5. Negeri Perjuangan

(Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud “Sekelompok dari umatku akan tetap berada dalam kebenaran yang nyata dan akan mengalahkan musuh-musuh mereka dan mereka tidak akan disakiti oleh musuh-musuh mereka kecuali apabila mereka ditimpa kesusahan, sehingga dating pertolongan dari Allah dan keadaan mereka akan kembali sediakala”. Para sahabat bertanya: “Di manakah tempat mereka itu ya Rasulullah s.a.w.?” Baginda menjawab “Di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis”.(Hadis Riwayat Abdullah ibnu Ahmad dalam Musnad Ahmad)

Lima fakta kes ini sudah cukup ampuh untuk kita bawa kes ini kehadapan. Isu ini bukan sekadar halwa telinga tetapi kita hendak umat Islam sedar dan faham tentang isu ini lebih mendalam, maksudnya kita lebih tahu secara mendalam tentang sejarah, keperitan, fakta dan bentuk pertolongan yang boleh dibantu pada saudara kita di Palestin. Pasti kita tak mahu digelar saksi bisu di akhirat kelak.

Banyak lagi isu ini yang kita boleh kongsikan, inshaAllah dari semasa ke semasa akan dikongsikan lagi. Mengenai sambutan di Masjid Hidayah di Skudai alhamdulilah baik, sekalung penghargaan kepada AJK Masjid Hidayah memberikan kerjasama dari awal hingga akhir hingga kan ingin meletakkan tabung Aman Palestin diletakkan kekal di Masjid Hidayah.

Di sini ada beberapa lagi Program Ceramah Palestin di Johor, mohon sahabat-sahabat sebarkan dan orang ramai di jemput hadir.

Tarikh : 22 Februari 2010
Masa : Selepas Maghrib atau Isyak
Tempat : Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti, Skudai
Ceramah : Bertajuk "Selamatkan Al-Aqsa, Al-Aqsa Dalam Bahaya serta Manhaj Solahudin"
Penceramah : Yang Berbahagia Us. Wan Mohd Azli Wan Ahmad

2. Tarikh : 25 Februari 2010
Masa : 2.30 p.m - 4.00 p.m
Tempat : Surau ILP Pasir Gudang
Ceramah : Bertajuk Gaza Menangis
Penceramah : Yang Berbahagia Hj. Bariman

3. Tarikh : 28 Februari 2010
Masa : Selepas maghrib atau isyak
Tempat : Masjid Taman Seri Pulai Perdana
Ceramah : Bertajuk "Selamatkan Al-Aqsa, Al-Aqsa Dalam Bahaya serta Manhaj Solahudin"

3 comments:

Abu Syifa' said...

Tahniah anakku..harap langkah di Medan tidak mengabaikan penambahan nilai tarbiah. Inilah 'core' yg kita selalu sebut..

putra-alkahfi said...

syukran abi kerana memberi ruang saluran pada ana. doa dan sokongan dan berkat ilmu yang diberi ana dambakn...go

Unknown said...

dan jangan lupakan budak kartun ni...
ha,abang bagi idea lagi kat saya boleh tak?