23 May 2008

PokoK tak BerAkaR

Pokok tak berakar adalah di umpamakan sebagai akidah islam itu sendiri. iaitu melakukan apa sahaja kerana Allah. rakan-rakan sekalian, ana nak mengajak sahabat-sahabiah sekalian untuk kita kongsi apa itu akidah islam. Akidah islam menjadi landasan kepada kita tentang persoalan2 yang timbul lantaran keraguan, kejahilan dan masalah2 yang timbul sekarang. Akidah merupakan akar dalam jiwa kita, sekiranya akar ini lemah tidak mencengkam bumi(diri), maka bila2 saja kita akan tumbang menyembah bumi. Sebab itu, kita kembali menyoroti sejarah Rasulullah dalam menyampaikan risalah dakwah, baginda menanamkan tauhid dalam diri sahabat2 baginda kerana itu adalah perancangan Allah dan Nabi s.a.w. , mana mungkin mereka boleh menerima/melakukan ibadat tanpa kepercayaan yang mantap. Jika bekasnya mudah rapuh, masakan boleh menampung air yang banyak, begitu juga kaitan akidah dan ibadat.
Persoalan akidah amat ditekankan awal2 lagi bagi penuntut ilmu dan pendakwah. Kini kita lihat ramai sekali bercakap tentang perjuangan, bab akidah masih lagi goyah, ibadah masih lagi lemah(cukup sekadar muqallid, sembahyang jarang2 sekali) bagaimana kita nak perjuangkan islam jika islam dalam diri masih belum dibangunkan.
Akidah Islam berpusat kepada tauhid Allah s.w.t.. Pancaran daripadanya adalah kepercayaan kepada malaikat yang diutuskan Allah, kitab-kitabNya, nabi-nabiNya, kehidupan akhirat serta qada' dan qadar. Keenam-enam rukun ini megikat keseluruhan dasar2 akidah Islam. daripadanya lahirlah gambaran keseluruhan hakikat alam wujud ini dan daripadanyalah terbit kesyumulan konsep tauhid bagi manusia sejagat. Islam tidak mengiktiraf sebarang perpecahan dalam rukun2 ini. seseorang itu mestilah percaya dan lakukan keenam2 rukun ini, bukan untuk menyusahkan atau membebankan, jika kita yakin Allah disamping kita, yakinlah rakan2 ibadah atau segala suruhan Allah ini adalah adalah mudah kita semat dan lakukan, percayalah ganjaran kita akan perolah di akhirat nanti iaitu syurga Allah, InsyaAllah.

Allah s.w.t berfirman: katakanlah: Apakah di antara sekutu-sekutumu ada yang menunjukkan kepada kebenaran? katakanlah: Allah sahajalah yang ,enunjukkan kepada kebanaran: maka apakah yang menunjukkan kebanaran itu yang lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat menbari petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk? bagaimana kamu mengambil keputusan.(Yunus: 35)

No comments: