15 May 2008

MakAnAn PaRa GeNiUs!!!

MAKANAN PARA GENIUS
Formula pemakanan genius-genius Islam silam menjadi rahsia keajaiba daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari orang Arab dan umat Islam tersendiri.
Sekarang semacam ada kecenderungan dikalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan mneguji kesahihan formula ini. Ini didorong oleh penemuan-penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur.
Berikut adalah formula pemakanan geius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan daya ingatan :

1. MADU
Al-Quran mengiktirafnya sebagai “shifa” sebagai penyembuh penyakit.
Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakan penyakit.
Madu mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptic dan enzim yang meningkatkaningatan dan kecerdasan mental.
Mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium(kalium), kuprum, silica, klorin, manganese dan belerang unutk memupuk tenaga.
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Siapa yang ingin hafal, hendakal ia minu manisan madu”.
Al-Quran ada memberitahu tentang khasiat madu ;
“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamanya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”(An-Mahl : 69)
Madu didapati berkesan merawat penyakit-penyakit mental. Ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang, dan bermesyuarat.

CARA MINUM
*2 Sudu teh pada waktu pagi dan malam.

PANTANG
*jangan makan tembikai semasa meminum madu. Amalan itu sangat merbahaya!

2. KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN
Menghadap kiblat
Baca “Bismillah” dan selawat k atas Nabi s.a.w. (3 kali)
Baca doa penerang hati
Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti kacang.
Makan sebiji-sebiji sebanyak 21 biji bagi setiap hari.

3. SUSU SEGAR

Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingaan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi 3 unsur semulajadi iaitu keju, lemak, dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.

Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperliukan oleh tubuh iaitu karbihidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia brekhasiat untuk merawat kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.

Rasulullah s.a.w. menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menguatkan akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa.

Susu yang terbaik untuk ketajaman akal minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu segar. Susu segar berbentuk cecair lebih berkhasiat dari tepung.

Cerita tentang susu turut ada dalam Al-Quran ;
“Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak, benar-benar terdapat pelajaran yang penting bagi kamu, kami memberi minum pada kamu dari air susu yang ada dalam perutnya, dan (juga) pada binatang-binatang ternak itu terdapat faedah yang banyak untuk kamu, dan sebahagian darinya kamu makan,” (Al-Mukminun : 21)

Cara Minum :
i. Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii. Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti dibaca oleh Rasulullah s.a.w.

4. TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannnya. Ahli-ahli makanana juga mengakui ia juga makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline, dan bahan ekstraktif.

Sabda Nabi s.a.w. :
“Sesungguhnya seorang nabi a.s. mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s..w.t. memerinyahkannnya memakan tellur”.

Telur terutamanya telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampong dan masih baru.


5. HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala keupaan.
Boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halu ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN:
Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6. LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaska urat-urat jantung dan menambah kekuatan ikiran. Menurut hadis Nabi s.a.w. limau-limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7. BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda nabi s.a.w. : “Barangsipa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allha akan menerangkan hati selama 40 hari.”

8. DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijiak pandai Islam dan Melayu dulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus, dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak,
Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannnya.

9. OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia.
Otak yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10. DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan paling tinggi.
Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat untuk meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a. meriwayatka bahawa Nabi s.a.w. memakan daging ayam betina.

11. DAGING BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta meningkatkan kekuatan hafazan.

12. KEKACANG
Beberapa jenis kekacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio, dan lain-lain.
Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk menigkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mempunyai nilai protein yang tinggi.

13. BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal.

14. KEMENYAN PUTIH
(Kemenyan seran/luban/kkundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

15. ZA’FARAN : KOMKOMA
(CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16. BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis amino untuk tenaga mnetal.

17. BUNGA CENGKIH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.

18. LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan dan akal. Sabda Nabi s.a.w. :
“Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”.
Baginda juga berkata jika kita membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

No comments: