09 August 2014

Bulan Kemarahan Ummah


Bulan Kemarahan atau nama arabnya شهر الغضب (Syahrul Ghodob) adalah program yang amat popular di Timur Tengah. Ia diadakan bagi menzahirkan perasaan marah di samping memberi sokongan moral yang padu terhadap sesuatu isu besar.

Sempena perang Gaza 2014 ini, Aman Palestin (AP) dengan kerjasama NGO-NGO Islam akan menganjurkan kempen Bulan Kemarahan Ummah (BKU) untuk memberikan tekanan terhebat terhadap Israel agar menghentikan perang terhadap Gaza.

Setiap suara seorang anak Malaysia ini ada nilainya yang signifikan dalam menekan Israel. Ayuh ramai-ramai zahirkan kecaman anda melalui BKU ini.

Program pertama kita bermula dengan Majlis Pelancaran BKU yang akan diadakan pada:
Tarikh: 10 Ogos 2014 (Ahad)
Masa: 10.00AM-12.00PM
Tempat: Astaka Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Jumpa di sana!
FIGHT FOR GAZA!


Dan...
Orang yang tak sempat pergi tapi nak menyumbang melalui Aman Palestin (untuk berdekatan Kuantan dan Pekan):
Boleh rujuk ke gambar bawah.

 

No comments: