Ada dua cara...
Pertama...Bersama NGO macam Aman Palestin Berhad untuk ke misi bantuan ke Gaza.
Cara ini sangat bermakna dan memberi pengalaman yang tidak ternilai pada peserta misi murni begini. Tapi dengan pengorbanan duit dan harta. Untuk orang berada tiada masalah, siap boleh bawa orang lain lagi. Tapi yang ni untuk yang terpilih sahaja.
Cara kedua, lebih murah untuk rakyat Malaysia. Tunggu mana-mana NGO bawa para imam dan huffaz dari Gaza sewaktu bulan Ramadan. Mereka jadi imam Terawih, bagi perkongsian tentang keistimewaan Gaza, keadaan di sana, dan sebab mereka degil nak terus berada di Gaza walau dalam kesempitan hidup. Cara ni juga membawa kepada pengalaman yang tidak kurang bermakna. Cuma sila stand by penterjemah awal-awal. Tapi jangan risau, pengiring imam itulah penterjemah.
Di sini, adalah beberapa gambar masa Ramadan tahun 2013 dengan Imam Gaza... Bacaannya mantap, perangainya sporting.
sini nombor akaun dia (Maybank) = 56226 3010787
dan nombor telefon Aman Palestin cawangan Pahang: 09 - 536 7019
No comments:
Post a Comment