17 August 2013

PRAY FOR EGYPT


Hari raya tahun ini membejatkan selera kita. Selera terencat, nasfu makan jadi cacat, mengenangkan kejadian yang mengejutkan dunia. Mungkin sesetengah tempat di dunia. Kita tahu kerajaan Amerika bermuka-muka. Kita tahu kerajaan Israel yang Zionis juga bersuka-cita.

Suka citanya Israel dengan kejadian ini. Tidak dapatlah lagi Mesir membela nasib jirannya Palestin.

Kejadian ini juga membuka tabir siapa yang ada niat batil, siapa yang betul-betul pejuang murni. Liberal dan kuat sekular betul-betul mahu pejuang Islam hancur. Bila demokrasi tidak menyebelahi mereka, mereka buat cara kasar. Itu belum lagi kita sebutkan Syiria, Rohingya, dan Palestin.

Nah, lihatlah sendiri bukti kekejaman kerajaan kudeta Abdel Fateh as-Sisi dan El-Baradei.  Tiga gambar di bawah ini.

Hei, baru-baru ni ada berita pasal perletakan jawatan oleh El-Baradei. Kenapa letak jawatan? Tak lebih dari satu sandiwara. Sebab satu masa nanti (moga-moga tidak berlaku), apabila puak Tamarrod ini mahu mencari pengganti Morsi, mereka akan pilih El-Baradei yang konon berimej Mr Clean ekoran tindakannya meletak jawatan apabila kerajaan haram itu membuat tindakan yang sangat keji: membunuh demonstran  dan merobih pentas Medan Rabaah.

Allah selamatkan umat Islam!




No comments: