31 August 2013

MERDEKA 56 Tahun: Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku

Peringatan untuk kita semua:
1) Meminta bantuan dari pihak asing ada harganya...
Harganya amat sakit untuk dibayar dalam bentuk kedaulatan tanah air diambil orang asing.
Seperti mana yang berlaku dalam Perang Larut.

2) Perjuangan menuntut kemerdekaan sering gagal bukan kerana kekuatan pihak penjajah. Tetapi daripada pengkhinatan daripada orang kalangan bangsa sendiri.

3) Kemerdekaan adalah impian kita semua. Fitrah setiap insan.

4) Kemerdekaan paling tinggi dalam manusia, walaupun paradoks (ironi yang realistik),
amatlah membahagiakan:
Keluar daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah. Daripada kezaliman kepada keadilan Islam.

Dan tontonlah video 23 minit dari MediaIsma. Video yang telah menyakitkan hati Malaysian Insider. Itu yang bagus. Biar kena senak kat perut.

SALAM MERDEKA KE 56 TAHUN!


No comments: