17 October 2012

Selingan sebentar

Adalah mahu beritahu perkara ini.
Raya haji sudah semakin dekat..
Oh, semua sudah tahu...


Saya sudah tiada idea untuk menulis untuk blog. Mahu komik? Ish, saya malulah...Projek komik masih sedang berjalan, dengan perlahannya. Mahu lukis lahu-laju, nanti lukisan comot. satu punca kenapa lambat siap ialah, saya mahu menikmati proses melukis. Saya ambil prinsip ini daripada penulis Rebecca Ilham. Adakah dia tahu saya salah guna prinsip beliau?

Saya berdoa kepada rakan-rakan supaya kalian dapat pergi menunaikan haji dan umrah, buat korban dan memahami erti korban. Kerana itulah di Malaysia ini, Hari Raya Korban tidak popular sebagaimana Hari Raya Puasa. Bukan semua orang dapat buat korban, bukan semua dapat naik haji (main dam haji sahaja). Tetapi di sebalik kekurangan itu, tiadalah kita dengar bunyi mercun dum-dam dum-dam. Tiada nyanyian meleleh dari artis yang tidak faham bahasa erti Hari Raya Korban. Baginya makan sedap-sedap, baju baru. Itu sahaja.

Oh, sebagai mengubat kekosongan blog akhir-akhir ini, inilah tuan rumah mahu hidangkan teaser untuk sekuel HIKAYAT TINJU KHAIRY .

dan....
Baiklah, itu sahaja. Jumpa lagi...


No comments: