12 October 2012

PEDULI PALESTINA

Lama saya tidak kemas kini blog ini. Jangan risau! Saya masih di sini.

Lama juga tidak letakkan komik di sini. Rindu? Jika rindu, bagus. Jika tidak rindu...

Tidak mengapa.


Saya sedang melukis sambungan Hikayat Tinju Khairy 2. Dan sempat jugalah mengambil masa menghasilkan komik info satu muka surat ini. Lupa hendak beritahu! Saya sudah bekerja di bawah NGO Aman Palestin. Tetapi mengapa ada orang macam menjuih bibir sahaja apabila mendengar orang bekerja di bawah NGO? 

 

Entah, bukan buat jenayah pun. Kerja saya sah di sisi undang-undang. Kemudian, dikelilingi ikhwah dan berpeluang untuk berjumpa tokoh Al-Aqsa, Syeikh Raed Solah. Dan mana tahu suatu hari nanti , Perdana Menteri Palestin: Dr. Ismail Haniya pula. Dan peluang itu saya tahu tidak akan kedapatan apabila saya bekerja menjadi pembantu kedai di Langkawi dahulu.


Saya ada kata tadi berkenaan komik satu muka surat, bukan? Haa..ini dia..Klik kanan, dan open in new tab untuk paparan yang lebih jelas.

Sudah baca? Bagus! Jadi apa-apa sahaja yang anda mahu tahu tentang Aman Palestin, boleh sahaja baca di pautan ini. Klik sini untuk ke Aman Palestin.

No comments: